Pelakon Remy Ishak Pasrah ,Rambut Panjang Kena Potong Dengan Isteri Sebelum Timang Baby.

Pelak0n, Remy Ishak kini sudah bergelar bapa setelah isterinya, Ezza Yusof selamat mel4hirkan anak sulung mereka semalam.

Menerusi posting yang dibuat oleh Remy, dia melu4hkan rasa syukur apabila isteri selamat bersalin pada pukul 11.17 pagi 27 Julai 2023.

Isteri potong rambut

Namun begitu, pelak0n drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik video sehari sebelum kelahiran anaknya apabila isteri tercinta memotong rambutnya.

Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak mengatakan isterinya telah memotong rambutnya sebelum dia merasaikan sakit untuk bers4lin.

“Detik-detik kejadian semalam. Sebelum s4kit mendatang, rambut ku diragut,” tulisnya.

Rambut pendek lebih sesuai

Dapat dilihat yang Remy Ishak telah kembali kacak dengan imej berambut pendek seperti dahulu lagi selepas rambutnya dipotong kemas.

Ezza juga telah memuat naik gambar suaminya yang sudah berambut pendek dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusannya dipermudah ketika bersalin tempoh hari.

Lagi handsome kalau rambut pendek

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui lebih suka melihat Remy berambut pendek kerana terlihat kacak dan kemas.

Ada juga mengakui bahawa pelakon itu lebih sesuai berambut pendek dan sudah lama tidak melihat drama selebriti berkenaan di kaca televisyen disebabkan imej berambut panjangnya.

Jujur cakap rambut panjang tak sesuai

Tak tengok drama bang Remy lepas rambut panjang


 Lagi sesuai kalau rambut pendek tau

Apa-apa pun, tahniah buat Remy dan Ezza kerana dikurniakan cahaya mata pertama dan semoga anak yang baru lahir itu membesar menjadi insan yang berguna.

Sumber: Ig remy ishak