Pelakon Oktovia Manrose selamat timang anak ketiga“Alhamdulillah..”
Wan Syamira Putri Wan Syahman atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose selamat timang anak ketiga.
Berita itu dikongsikan oleh ahli keluarga terdekat dan disiar semula oleh aktres berusia 32 tahun itu di Ig Story, semalam.
Dalam hantaran tersebut, Fatin Nur Azzaniz meluahkan rasa syukur apabila aktres tersebut selamat melahirkan cahaya mata ketiga.
Turut ada bersama sepupu Oktovia iaitu Uqasha Senrose yang juga baru sahaja melahirkan bayi sulung perempuan pada 27 April lalu.
“Alhamdulillah, seorang lagi khalifah dilahirkan. Congratulations (Oktovia) on your new born (emoji hati berwarna putih,”tulisnya ringkas.
Oktovia yang juga anak kepada anak kepada pasangan bekas
penyanyi dangdut terkenal, Iwan dan pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor turut memanjatkan rasa syukur atas berterima kasih atas kunjungan ahli keluarga. Pun begitu, jantina bayi tersebut belum lagi dikongsikan.
Pada Mac lalu, Oktovia mendedakan dirinya hamil lima bulan dan dijangka bersalin pada bulan Julai.
Jelasnya, dia bukan berahsia mengenai kehamilan, sebaliknya sudah jarang mengemas kini tentang kehidupan peribadi di media sosi4l.
Sumber: Oktovia Manrose