Pelakon Norlida Ahmad Jalani Pembedahan Buah Pinggang Kali Kedua , 400ml Nan4h Berjaya Dikeluarkan.
Pelakon era-80 an Norlida Ahmad selamat menjalani pembed4han membuang nanah di dalam buah pinggangnya di Hspital Tuanku Jaafar, Seremban pada Sabtu lalu.
Anak perempuannya iaitu Ally Marisha Afrina berkata, nan4h sebanyak 400 mililiter berjaya dikeluarkan namun sedang menunggu luka bahagian pembed4han itu pulih sebelum dapat dijahit semula.
“Alhamdulillah pembedahan berjaya dan nanah sebanyak 400 mililiter dapat dikeluarkan.
Ally memberitahu keadaan ibunya kini stabil.
“Kini mak saya sedang berehat sementara menunggu luka tempat pembedahan itu pulih sebelum dapat dijahit semula,” katanya.
Dalam pada itu, Ally memberitahu Norlida masih perlu mendapatkan rawatan lanjut dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.
Katanya, d0ktor menganggarkan ibunya masih perlu berada di wad selama empat ke enam minggu lagi untuk memastikan keadaannya benar-benar puih.
“Mungkin dalam empat ke enam minggu lagi ibu akan keluar tapi sekarang dia sudah pun dipindahkan ke wad pembedahan,” jelasnya.
Sebelum ini, Ally memaklumkan Norlida ditahan semula di hspital tersebut apabila masih terdapat baki nanah dalam buah pinggang walaupun sudah melakukan pembedahan sebelum ini.
Norlida akan terus mendapat rawatan di hspital dalam tempoh enam minggu lagi.
Pembedahan yang dilakukan Norlida atau lebih mesra dengan sapaan Connie pada Ogos lalu gagal apabila berlaku komplikasi.
Terdahulu,mengalami demam berpanjangan sebelum mendapat rawatan lanjut di hspital pada 12 Ogos 2023.
Selepas seminggu menerima rawatan, doktor memaklumkan Norlida menderita masalah buah pinggang bern4nah.
Sumber:Mstar