Pelakon Nana Mirdad Cemas Apabila Terjumpa Bayi Dibuang Dalam Semak Berhampiran Rumah

Pelakon Nana Mirdad berkongsi detik cem4s dan mengharukan apabila pembantu rumahnya terjumpa se0rang bayi yang dibuang berhampiran rumahnya.

Nana atau nama sebenarnya, Hanna Natasya Maria Mirdad berkata, dia kemudian bergegas membawa bayi tersebut ke hspital untuk pemeriksaan lanjut. 

Tambah pelakon berusia 38 tahun itu lagi, bayi yang masih bertali pusat tersebut berada dalam keadaan sihat dan kini dalam pemerhatian pihak hspital.

Ini bukan aksi berlagak hero. Inilah hal yang harusnya kita lakukan sebagai manusia biasa. Jika menolong bayi yang terlantar dianggap hero, maka dunia kita benar-benar sudah berbolak balik.

Saya tidak boleh mengekspresikan ketakutan, rasa cemas, bingung dan kemarahan saya saat saya menggendong bayi yang baru dibuang itu ke rumah s4kit.

Bercerita dengan lebih lanjut, Nana berkata, ini bukanlah kali pertama dia berhadapan dengan situasi iaitu terjumpa bayi yang dibuang ibu bapa.

Sebagai seorang ibu, berat meninggalkan bayi ini lagi. Rasa hati ini ingin membawa pulang dan merawatnya. Seperti titipan dari Tuhan. Tapi hal itu bukan hal yang mudah dilakukan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nana melu4hkan rasa sedih dan terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang terg4mak membuang anak yang dikandung selama 9 bulan.

 Sumber: Nana Mirdad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *