Pelakon Min Yasmin Selamat Bersalin Bayi Pramatang Seberat 800 Gram”Awal Hamil Tak Tahu , Bersalin Pun Mengejut”

Min Yasmin selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu, 16 September lalu di Hspital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 7.49 malam.

Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu keh4milan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pemb3dahan.

Kata Min atau Nurul Yasmin Abdul Aziz, 34, doktor terp4ksa melakukan pembed4han bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dia mengalami tekanan darah tinggi.

Julfekar tidak dapat menemani Min ketika bersalin.

“Saya buat pemeriksaa dan mendapati bacaan tekanan darah sangat tinggi. Jadi doktor terpaksa lakukan pembed4han sebab tidak mahu beri kesan kepada bayi dalam kandungan.

“Ketika itu pun, jantung bayi agak perlahan. Syukur sekarang semuanya selamat, tetapi bayi masih lagi di bawah pemantauan,” katanya .

Tambah Min, dia juga menyambut kel4hiran cahaya mata pertama itu seorang dirinya tanpa suami di sisi.

Suaminya iaitu komposer Julfekar kini berada di Filipina bagi urusan kerja.

“Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya dia tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja.

Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hspital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang

“Bayi ini memang bayi terkejut. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga,” ujarnya.

Min juga memberitahu dia dan suami masih belum sempat membeli kelengkapan bayi secukupnya memandangkan jangakaan bersalin pada November.

“Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hspital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang.

Min teruja sambut anak pertama.

“Nama anak juga belum fikir. Disebabkan bayi lelaki kami akan turut letak Muhammad pada awal nama,” jelasnya.

Untuk rekod Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *