Pelakon Mimi Lana Bida Lukisan Ustazah Asni Mansor , Hasil Jualan RM3,600 Disumbangkan Kepada P4lestin.

Sebagai tanda sokongan kepada P4lestin, pelakon Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disalurkan kepada negara sedang bergolak itu.

Lukisan kanvas peta P4lestin itu merupakan hasil tangan Ustazah Asni Mansor.

Bidaan lukisan itu pada awalnya dibuka dengan harga RM3,000.

Menurut Ustazah Asni, kesemua wang yang diperoleh tersebut akan disalurkan ke Tabung Cinta G4za.

Mimi menyalurkan sebanyak RM3,600 kepada P4lestin denga membeli lukisan kanvas.

Lelongan tersebut dilakukan semasa majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam Selasa.

Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam satu hantaran di Instagram berkata penganjuran majlis agama itu membolehkan mereka berkongsi ilmu dan penyertaannya memberikan pengalaman cukup indah.

“Terima kasih Betty Rahmad kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestin.

“Majlis semalam (Selasa) disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.

“Ia merupakan majlis perkongsian yang indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” ujarnya pada Rabu.

Selain Mimi, selebriti lain yang turut hadir ialah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

Mimi merupakan selebriti yang lantang bersuara berkenaan isu P4lestin dan Israaaae ini.

Selain banyak membuat hantaran di Instagram, Mimi juga menghadiri Perhimpunan Malaysia Solidariti bersama P4lestin yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Menurut pelakon itu, kehadirannya adalah sebagai usaha untuk menunjukkan tanda sokongan dan solidariti terhadap p4lestin.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *