Pelakon Jaafar Onn Mninggal Dunia Di Hspital Serdang

Menjelang sambutan Aidilfitri yang akan disambut minggu hadapan, dunia hiburan dikejutkan dengan berita sedih akan pemergian artis serba boleh Jaafar Onn pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hspital Sultan Idris Shah Serdang (Hspital Serdang) pada usia 73 tahun kira-kira pukul 11 pagi.

Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham dikenali sebagai Hanif.

“Betul, Jaafar Onn sudah mninggal dunia.

“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwh yang menjaganya di Hspital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya

Jaafar yang merupakan seorang penari semasa mudanya pernah membuka kelas tarian dikenali Maya Studio, bertempat di Bangsar.

Allahyarham juga aktif dalam program-program memasak siaran televisyen tempatan.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham berlakon dalam banyak filem tempatan antaranya XX Ray, Sama Tak Serupa, Suami Isteri Dan…, Aku Nombor Satu, Tipah Tertipu The Movie, Rock Oo dan Kampung Latah The Movie.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *