Pelakon Fizz Fairuz K0rbankan 7 Ekor Lembu Sempana Aidiladha , Ada Simbolik Di Sebalik.

BERSEMPENA Hari Raya Aidiladha tahun ini, pelak0n Datuk Fizz Fairuz melakukan ibadah k0rban dengan menumbangkan tujuh ekor lembu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, jumlah itu adalah sebagai simb0lik kepada keinginannya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata bersama isteri, Datin Almy Nadia.

“Tujuh sebab saya mahu tujuh orang anak tapi kita sembelih lembu dulu.

“Saya kalau boleh nak tujuh orang anak sebab saya ada sembilan orang adik-beradik. Nak ‘lawan’ mak tak lar4t pula,” katanya kepada mStar.

Fizz simpan hasrat ingin miliki tujuh orang anak.

Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Fizz berkata, dia akan meraikan hari raya di Kuala Lumpur memandangkan ibadah k0rban dilakukan di kawasan tempat tinggalnya.

“Saya akan beraya di Kuala Lumpur dan lakukan k0rban di sini sebanyak tujuh ekor. Ini yang paling meriah dan ibu saya juga akan datang ke sini,” katanya.

Berkongsi maksud k0rbannya tahun ini, Fizz memberitahu dia mengagumi peng0rbanan isterinya yang sentiasa bert4nggungjawab dalam menguruskan anak-anaknya.

Fizz hargai peng0rbanan isteri selama ini.

“K0rban bagi saya tahun ini adalah peng0rbanan ibu kepada anak. Saya lihat se0rang ibu sanggup buat apa sahaja demi anak-anak dia.

“Saya memang terharu lihat peng0rbanan isteri saya,” kongsinya.

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Sumber:mstar