Pelakon Fizz Fairuz Jawab Tuduhan Beli Anugerah Usahawan , Usaha 5 Perniagaan Malah Produk Sudah Sampai Turkiye.

Pelakon Datuk Fizz Fairuz tid4k melatah apabila dituduh membeli trofi kemenangan Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023 yang berlangsung pada Isnin lalu.

Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata, tvduhan tersebut dilemp4rkan mungkin disebabkan perniagaan yang diusahakan tidak mendapat perhati4n ramai memandangkan dia tidak dikenali sebagai usahawan.

Bagaimanapun jelas Fizz, dia ada menjalani beberapa jenis perniagaan malah ada produk keluarannya berjaya sehingga ke luar negara.

“Saya tahu ramai yang bertanya terutama di dalam TikT0k yang saya ini berniaga apa sehingga diberikan anugerah. Saya sedar saya tidak terkenal macam Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ikuti setiap perkembangan.

Fizz terima Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023.

“Tapi anugerah yang saya terima ini diberikan oleh orang. Saya memang berniaga dan saya ada lima produk yang saya jual macam songkok, sambal dan produk kecantikan.

“Sambal saya pun dah sampai ke Turkiye kalau nak tahu,” katanya.

Fizz berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam tayangan perdana filem Sue-On yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu.

Berkongsi lebih lanjut, Fizz turut meng4kui dia ada membaca beberapa komen daripada net1zen namun tidak terasa hati dengan tvduhan tersebut.

Malah selepas ini dia juga akan berkongsi mengenai perniagaannya dengan lebih kerap agar tudvhan seperti ini tidak berulang lagi.

“Saya tak bercerita semua perkara dengan orang tapi saya tak berkecil hati dengan komen net1zen. Selama saya dalam industri saya tak pernah sentap.

Fizz tak sentap dengan komen net1zen.

“Memang saya ada baca komen dari net1zen kadang saya balas juga, tapi bukan selalu.

“Mungkin saya pun tak kongsi sangat mengenai perniagaan saya, jadi ramai yang tak tahu. Lepas ini saya akan kongsi lebih banyak supaya ramai yang tahu,” kongsinya.

Sebelum ini, nama Fizz dan isterinya Datin Almy Nadia menjadi buah mulut ramai apabila menjadi salah seorang penerima anugerah Malaysia Best Business Award 2023.

Acara itu anjuran Media Home Communication yang menghimpunkan lebih 50 usahawan berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.

Sumber:mstar