Pelakon Fazura Kering Air Mata Lihat Penderitaan Anak-Anak Gaza , Mimi Lana Turun Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Bantah Kezal1man Isr4.el
Simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin, dua pelakon popular iaitu Fazura dan Mimi Lana turut sama meluangkan masa menghadiri Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bagi membantah kezal1man rejim Zi0n1s.
Menerusi temu bual yang dimuat naik di Instastory, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, memberitahu sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, dia tidak dapat menahan sebak apabila menonton video kegan4san melibatkan kanak-kanak di negara berkenaan.
“Bagi saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, apabila menonton video yang melintas di media sosi4l memang tak sanggup saya nak tengok.
“Nak cakap fasal menangis tu memang dah habis menangis… ia sangat memberi kesan kepada kami.
“Memang sangat sedih, mungkin kita hanya dapat merasa secebis sahaja penderitaan mereka. Apa yang mereka rasa itu lebih berat lagi,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Pisau Cukur itu juga menyeru agar orang ramai terus memberikan sumbangan dan berdoa buat saudara di negara berkenaan.
Yakin rakyat Palestin akan mencapai kemerdekaan tidak lama lagi, Fazura berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Teruskan sokongan, doa dan juga sumbangan… teruskan usaha kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita di Palestin.
“Sentiasa berfikiran positif kerana apa yang kita ucapkan dan kata-kata itu adalah doa… doakan Palestin akan pulih dan diselamatkan oleh Allah SWT.
“Semua yang berlaku ini Allah sudah izinkan, pasti ada hikmah dan pasti ada kemenangannya,” ujarnya.
Sementara itu, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, pula memaklumkan kehadirannya pada perhimpunan berkenaan adalah sebahagian daripada usahanya untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.
“Kita tidak dapat bantu banyak tetapi dengan perhimpunan ini merupakan sebahagian apa yang boleh kita tunjukkan sebagai sokongan kita kepada mereka,” katanya.
Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Selasa.
Laungan takbir ‘Allahuakbar’ dan ‘Israel Cuak’ bergema di stadium yang dihadiri ribuan peserta menunjukkan betapa rakyat Malaysia bersatu hati menentang kekejaman tentera Isr4.el ke atas Gaza.
Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan peserta perhimpunan bebas membawa dan mengangkat sebarang jenis plakad termasuk menunjukkan kemarahan terhadap Isr4.el.
Sumber:MstarOnline