Pelakon Alif Satar Kemalangan Ketika Tunggang Motosikal , Syukur Tidak Alami Kecederaan Serius

Penyanyi dan pelakon Alif Satar terlibat dalam kemal4ngan jalan raya selepas menunaikan solat Jumaat.

Ins1den itu dimaklumkan usahawan Wak Doyok di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Susulan itu, Wak Doyok meminta orang ramai supaya mendoakan kesembuhan Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33 tahun.

Alif kemalangan ketika perjalanan ke rumah orang tuanya.

“Marilah kita doakan sahabat saya Alif Satar. Sebentar tadi beliau kecelakaan motosikal di depan saya. Alhamdullilah semua baik-baik,” katanya.

Sementara itu, pengurus Alif iaitu Dina memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika Alif sedang dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di Hartamas, Kuala Lumpur.

Dina memberitahu Alif tidak mengalami kecederaan yang teruk dan akan melakukan ujian x-ray bagi memastikan tiada berlaku sebarang kecederaan dalaman.

“Isteri Alif beritahu saya yang dia jatuh biasa sahaja. Orang langgar. Dia nak pergi ke rumah ibu bapanya di Hartamas.

“Dia naik motosikal. Dia okay, tiada yang serius,” ujarnya.

Alif dalam keadaan baik dan tidak mengalami kecederaan serius.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan supaya Alif diberikan kesembuhan dengan segera meskipun tidak mengalami kecederaan t3ruk.

“Moga Alif baik-baik sahaja. Semoga Alif cepat sembuh. Hati-hati semua yang naik motosikal.

“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan,” kata mereka.

Sumber:Mstar