Pelakon Abby Peluk Marissa Bikin Sebak , Muncul Berkumpul Dengan Ahli Keluarga

Tind4kan pelak0n, Abby peluk Marissa mengundang rasa sebak dalam kalangan net1zen selepas anak perempuannya itu did4kwa sudah bernikah di Thailand.

Walaupun k0ntroversi itu masih belum terjawab, keluarga besar mereka muncul berkumpul dipercayai dalam sebuah majlis previu bufet Ramadan di sebuah hotel di Selangor pada Khamis.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Ig, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik video memaparkan momen bahagia mereka sekeluarga.

Dalam video tersebut, turut kelihatan suaminya Muhammad Faizal Zakaria selain ahli keluarga bekas suami Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza dan anak masing-masing.

Malah dalam pertemuan itu, Marissa atau Marissa Dania Hakim dilihat memeluk adik-adiknya seolah-olah bagi melepaskan rindu.

Berdasarkan tinjauan, selebriti media sosial berusia 19 tahun itu sudah kembali mengikuti akaun Instagram milik Norman dan Abby selepas didakwa ‘unfollow’ sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan keluarga berkenaan adalah contoh terbaik dalam mengekalkan kasih sayang walaupun dilanda ujian Allah SWT.

Abby peluk Marissa buat netizen sebak!

Bagus memilih untuk berdiam

Tetap bersabar, jaga hubungan

Terharu! Tetap terima, tak buka aib

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan h4ngat selepas did4kwa mendirikan rumah tangga dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.

Tidak lama selepas itu, seorang individu dipercayai kakak ipar kepada Islam memaklumkan bahawa lelaki tersebut sudah menikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu di S0ngkhla, Thailand.

Sumber: IG Abby Abadi & Memey Suhaiza,OMM