Pelak0n Abbas Mahmood Kini Sah Bergelar Suami Kepada Y0utuber Asal Scatland , Kagum Semangat Isteri Dalami Islam

Lima bulan menyulam cinta dengan Y0utuber asal Scotland, pelakon Abbas Mahmood selamat bergelar suami Alana Dee Dunsmore dengan sekali lafaz pada Isnin.

Majlis akad nikah pasangan itu diadakan secara sederhana di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat pasangan mempelai.

Bercerita mengenai perkahwinannya, Abbas, 25, memberitahu hatinya terpaut dengan Alana kerana kagum dengan semangat isterinya itu berubah menjadi wanita Muslimah selepas bergelar mualaf pada 5 November lalu.

“Apa yang paling penting Alana minat nak dalami Islam, baka kata orang Allah pilih dia bukan asbab saya.

“Saya kagum dia sanggup ubah gaya pemakaian yang dulu agak menjolok mata kepada lebih sopan.

“Alana cukup serius mengubah kehidupan ke arah diredai Allah dan itu membuatkan dia cukup istimewa di hati saya,” katanya .

Pasangan itu sebelum itu sempat melangsungkan pertunangan pada hari sama Alana melafazkan syahadah.

Dalam pada itu, pelak0n filem Tiga Janda Melawan Dunia itu mengakui bukan mudah mendidik se0rang mualaf namun akan cuba memberi didikan terbaik kepada isteri mendalami agama Islam.

Abbas juga memaklumkan keluarga mentuanya juga tidak mempunyai mas4lah apabila Alana meluahkan hasrat memeluk Islam malah menyokong keputusan itu.

“Sebelum Alana buat keputusan peluk Islam, dia sudah memberitahu ibu bapanya dan mereka sokong apa yang Alana mahu lakukan.

“Bapa Alana pun kata tiada masal4h dan sokong apa sahaja yang Alana rasa terbaik buat diri dia,” ujarnya.

Abbas dan Alana berharap agar kisah perkahwinan mereka ini dapat berikan inspirasi buat masyarakat di luar sana untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *