Pelajar Umur 14 Tahun Mninggal Dunia Dalam Tidur , Mimpi Arwh Isteri Jadi Petanda Anak Dijemput Allah.

Pelajar 14 tahun meninggal dalam tidur, mimpi arwah isteri jadi petanda anak dijemput Allah. Hebatnya ujian Allah ke atas bapa ini. Ujian yang tidak semua orang mampu hadapinya.

Di saat orang lain punya ramai ahli keluarga, namun bagi  Kadri dirinya kehilangan satu persatu ahli keluarga. Bermula dari isteri, diikuti anak perempuan sulungnya yang meninggal akibat keguguran dua tahun lepas, 

terkini anak lelaki tunggalnya yang berusia 14 tahun, Muhammad Khairul Anuar pula mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia.

Muhammad Khairul Anuar, 14 tahun mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia dua tahun lalu.

Jnazah pelajar ini selamat dikebumikan selang beberapa baris dari kubur kakak sulungnya, Shulnanif Kadri.

Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama. 

Arwh sepatutnya mewakili sekolah dalam  pertandingan acara memanah peringkat negeri Pahang namun takdirnya berubah apabila ditemui sudah meninggal.

Mimpi Arwh Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah

Sebelum kejadian tidak terduga  menimpa  satu-satunya anak lelaki yang ada, bapa tunggal ini mengakui dirinya ada bermimpi bertemu arwah isteri.

“Patutla saya rindukan dia. Ketika dirinya masih di asrama. Dah dua tiga hari perasaan rindu itu datang. Malam tadi saya mimpikan mak dia cikgu. 

Rupanya ini petanda saya akan kehilanganya” katanya yang berkongsi perasaan sedihnya dengan seorang guru, Mohamad Afbrar Sulaiman.

Apa yang lebih menyayat hati, di saat dirinya diuji berterusan dengan kematian ahli keluarga, terkini seorang lagi anak perempuan keduanya, Ustazah Maisarah sedang bertarung dengan kanser. Penyakit yang sangat ditakuti ramai kerana kesannya.

Ustazah Maisarah yang juga anak kedua sedang menderita kanser. Moga diberi kesembuhan buat keluarga ini yang diuji satu persatu dengan kematian.

Sementara itu  perkongsian fb dari ahli politik Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam ziarah kasih kepada keluarga yang diuji ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siang tadi ziarah ke rumah Abg Kadri di Flat C Rantau Perintis ekoran khabar duka yang kami terima semalam.

Anak bongsunya, Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama..Semoga abg Kadri tabah dan sabar..

Mohon doakan juga kesihatan buat anak ke 2 Abg Kadri yang menghidap kanser, semoga diberi kesembuhan.. InsyaAllah

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Moga ujian sebesar ini menguatkan semangatnya untuk kekal tabah.

Sumber:hm