Pelajar tulis surat untuk guru, keliru harga makanan di kantin… Ramai ibu bapa d4kwa anak muntah, cirit lepas makan nasi lemak

Selain menuntut ilmu di bilik darjah, membeli makanan di kantin juga adalah satu proses pembelajaran untuk murid.

Walau nampak remeh, berurusan dengan peniaga di kantin merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan supaya mereka bijak mengira seterusnya membuat penilaian.

Menerusi satu posting oleh Amin Azhar di Fb, dia berkongsi beberapa gambar surat aduan yang ditulis oleh murid-murid di sekolah anaknya yang terletak di Kuala Lumpur, untuk guru mereka.

Berdasarkan isi kandungan surat yang ditulis oleh murid-murid berkenaan, mereka meluahkan rasa keliru dengan cara jualan dan kaedah peniaga kantin mengira harga makanan yang dijual.

Menurut Amin Azhar, situasi ini membuatkan ibu bapa ragu-ragu dengan urusan jual beli anak mereka dengan pihak kantin sekolah yang diliihat tidak konsisten dan mengelirukan.

“Semalam saya beli nasi lemak ayam berharga RM3 kemudian menambah lagi ayam (seketul) menjadikan jumlahnya adalah RM4.

“Bila saya tanya kalau tambah telur dapat percuma atau perlu tambah RM1, makcik itu kata tak perlu bayar.

“Hari ni bila saya beli macam semalam, tambah ayam dan telur terus kena tambah RM2. Sudahlah harga air coklat RM2, mahal gila dah lebih duit belanja saya,” demikian salah satu coretan seorang murid yang dikongsikan Amin Azhar.

Seorang lagi murid menulis, semasa waktu rehat dia mahu membeli nasi lemak kosong dengan telur yang dibelah dua dan mempunyai sambal serta timun, dijual pada harga RM2.

Dia kemudian meminta makcik kantin menambah telur dan ayam, masing-masing berharga RM1, menjadikan harga nasi lemaknya RM4.

Disebabkan telur tambahan yang diminta bukan telur goreng, dia membatalkan pembelian dan hanya menambah seketul ayam dengan tanggapan harga yang perlu dibayar adalah RM3.

“Tiba-tiba dia kata RM4, padahal saya dah tolak (batal) telur.

“Saya pun hairan la, kan dah tolak telur kenapa jadi RM4? Tak tahulah makcik tu tipu ke tak, husnuzon je la,” tulisnya.

Dalam pada itu ada juga murid mendakwa dia berasa keliru apabila peniaga kantin memintanya membayar dua kali dan enggan memberi wang baki.

Katanya, dia membeli nasi lemak (RM3) dengan menambah seketul ayam (RM1) dan peniaga tersebut mengambil wang RM5 dan meletakkannya di dalam bekas duit.

Selepas meletakkan ayam tambahan seperti diminta, peniaga didakwa meminta duit sekali lagi daripada murid berkenaan.

“Saya kata la ‘tadi saya dah bayar la’ lepas tu dia tak percaya.

“Lepas bercakap dengan makcik tu dan buktikan saya bayar baru makcik tu bagi nasi dan baki,” katanya.

Dalam surat itu juga murid itu menggambarkan saiz ayam yang dijual sangat kecil seperti ‘ayam baru lahir’, tidak seperti yang dijual oleh peniaga kantin tahun lepas.

Amin Azhar berkata kejadian berlaku pada minggu lepas dan dalam tempoh berkenaan, ramai murid mengalami keracunan did4kwa kerana makan nasi lemak kantin yang sambalnya pedas dan nasinya basi.

Dia menganggarkan jumlah murid yang mengalami keracunan makanan dengan simptom cirit birit dan muntah adalah seramai 40 orang.

“Seawal 7.30 pagi dah sibuk dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa ni.

“Jumlah budak yang cirit birit makin bertambah, ker4cunan makanan ini janganlah buat main-main.

“Kantin pula ambil mudah sahaja hal ini, bahaya jadi operator kantin sekolah kalau tiada akal untuk berfikir,” jelasnya.

Menerusi ruangan komen postingnya, dia turut mendakwa harga makanan di kantin sekolah anaknya lebih mahal berbanding pengusaha terdahulu.

“Dulu anak aku pergi sekolah kenyang dia makan di kantin, sekarang bagi RM5 pun tak cukup nak makan,” katanya.

Walaupun bersyukur anaknya terselamat tetapi dia sangat berharap pihak sekolah dapat bertindak segera dengan menyelesaikan masalah berkaitan pengusaha kantin.

Susulan kejadian murid keracunan makanan, katanya, pihak sekolah telah mengambil tindakan serius dengan mengeluarkan notis penutupan kantin bermula 16 Mei hingga 29 Mei ini.

Sepanjang tempoh penutupan, ibu bapa wajib membekalkan makanan buat anak-anak dari rumah dan tidak dibenarkan menaja makanan untuk murid lain sehingga kes selesai disiasat.

Kes-kes yang dilaporkan kepada PKD pula masih dalam siasatan dan sampel makanan telah diambil untuk dibawa ke makmal.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *