Pelajar Sedekah Al-Quran Kepada Penumpang KTM , Mohon Doa Bergelar Hafiz Dan Hafiza.

Video sekumpulan pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang kereta api (KTM) baru-baru ini telah mendapat perhatian.

Pelajar sedekah al-Quran, mohon doakan jadi hafiz & hafizah

Menerusi perkongsian video dari hazim.aqil, dia memaklumkan yang pelajar sedekah al-Quran itu merupakan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATM Bera, 

Pahang yang mengedarkan naskah al-Quran kepada penumpang beragama Islam di dalam KTM itu secara percuma.

Ujarnya, mereka pelajar-pelajar berkenaan hanya mengharapkan agar para penumpang dapat mendoakan mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah pada masa hadapan.

“Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

Pelajar sedekah al-Quran, dapat respon positif daripada penumpang KTM

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang penumpang-penumpang memberikan respon positif serta mendengar penerangan pelajar berkenaan ketika menerima naskah kitab suci tersebut.

Didoakan agar pelajar-pelajar berkenaan bergelar hafiz & hafizah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji program tersebut yang pasti membuatkan ramai sebak dan berharap supaya usaha berkenaan berterusan di pada tahun-tahun hadapan.

Mereka juga mendoakan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam program terbabit dan rakan-rakan yang lain berjaya bergelar seorang hafiz serta hafizah pada masa akan datang.

pelajar sedekah al-Quran

Semoga adik2 semua berjaya dunia akhirat

Sumber: TikT0k hazim.aqil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *