Pelajar hidap peny4kit jantung rebah, mninggal dunia ketika merentas desa 7km

Seorang pelajar lelaki penghidap peny4kit jantung berlubang sejak 2016 dilaporkan meninggal dunia ketika merentas desa, hari ini.

pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentan, di sini, disahkan mninggal dunia selepas rebah ketika merentas desa.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira 9.30 pagi dan pelajar berkenaan, Nuqman Naufal Shamsul Fadzil berasal dari Nilai telah menyertai acara merentas desa sejauh tujuh kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kira-kira pukul 8 pagi, pelajar tersebut terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dengan anggaran 700 pelajar menyertai acara tersebut.

“Setelah acara larian dimulakan, pelajar berkenaan telah memulakan larian merentas desa sepanjang tujuh kilometer dan kira-kira pukul 9.30 pagi, semasa menghampiri garis penamat sekitar 50 meter, pelajar tersebut telah rebah dan tidak sedarkan diri.

“Guru yang ada telah memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar tersebut tidak memberikan sebarang tindak balas. Kemudian pihak sekolah telah

menghubungi talian kecemasan dan ambulans dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah tiba dan memberikan bantuan kira-kira 10 minit,” katanya.

Pelajar mninggal dunia ketika merentas desa hidap peny4kit jantung berlubang

Pelajar berkenaan telah dibawa menaiki ambulans untuk di bawa ke Unit Kecemasan, HTAN dan kira-kira pukul 10.15 pagi, dan setelah hampir sejam memberikan bantuan sebelum disahkan mninggal dunia.

Berdasarkan keterangan ayah pelajar berkenaan yang berusia 43 tahun, pada tahun 2016, pelajar tersebut telah disahkan menghidap peny4kit J4ntung Berlubang.

“Pelajar berkenaan mempunyai Kad Rawatan bagi penyakitnya itu dari Institut J4ntung Negara (IJN) dan sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan daripada IJN pada setiap masa,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sementara itu, keluarga pelajar berkenaan yang ditemui di perkarangan Unit Perubatan F0rensik, HTAN masih terkejut dan bersedih dengan kejadian berkenaan.

Anak suka merentas desa

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang hadir melawati keluarga memohon agar orang ramai tidak menularkan maklumat yang salah mengenai kejadian berkenaan.

“Dari apa yang dimaklumkan kepada saya, pelajar ini tak berlari sangat, mungkin dalam keadaan kesihatan dia. Dia dalam keadaan tak selesa lalu j4tuh. Alhamdulillah saya dah berjumpa ibu pelajar berkenaan dan mereka menerima dengan baik.

“Ibunya maklum, anaknya suka nak buat perkara itu (merentas desa) dan bila bersama kawan-kawan, dia (pelajar berkenaan) terlupa dia s4kit,”ujarnya.

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *