Dapat straight ‘A’ UPSR hingga SPM, pelajar cemerlang jadi pengawal keselamatan demi rezeki halal

Walaupun mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan-peperiksaan penting, lelaki ini tidak segan untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Tambahan pula dalam situasi pandemik dimana negara sedang berdepan dengan m4salah pengangguran.

Beberapa video memaparkan seorang pengguna TikT0k Danial Rohaizat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tular.

Dalam perkongsiannya, dia berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, 9A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3,

8A dalam peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia serta Purata Nilai Gred Kumulatif 3.58 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Ternyata dia berjaya membuktikan memperolehi keputusan cemerlang sejak dari bangku sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah tidak dijadikan penghalang mencari rezeki yang halal dan mahu berdikari.

“Insya-ALLAH saya memang nak sambung sampai PhD jika ada rezeki.

“Sedang kumpul duit sambung belajar,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, wrganet yang memberikan semangat dan memuji kecekalan anak muda ini yang sanggup menceburi bidang tersebut.

Malah ramai juga berkongsi pengalaman bekerja dan realiti kehidupan yang dilalui ketika ini. Semoga kecekalan anak muda ini

menjadi inspirasi buat kita semua agar tidak terlalu cerewet mendapatkan pekerjaan demi mendapatkan rezeki yang halal buat keluarga.

Menurut Statistik Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 768,700 orang atau 4.8 peratus rakyat Malaysia menganggur setakat Jun lalu.

Sumber:HM