Pelajar 0KU Gigih Lari Guna Tongkat , Guru Beri Sokongan Hingga Ke Garisan Penamat.

 

Dilahirkan sebagai insan kelainan upaya (0KU) bukanlah penghalang buat seseorang untuk terus maju bergerak ke hadapan dalam apa-apa juga bidang mereka ceburi.

Biarpun berhadapan dengan kekalahan, namun segalanya berbaloi jika perjuangan seseorang itu dilakukan dengan sepenuh hati seperti yang dilalui oleh seorang pelajar  0KU fizikal baru-baru ini.

0KU fizikal bukan penghalang, tetap lari ke garisan penamat

Semangat ini dapat dilihat menerusi perkongsian sebuah video oleh 

Farid Kamaruddin ketika berlangsungnya acara larian yang memaparkan seorang pelajar lelaki berlari dengan menggunakan tongkat.

Pada awal video di garisan pemula, pelajar lelaki dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.

“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.

Cikgu bantu bagi sokongan, iring sampai ke garisan penamat

Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah 

kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.

“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.

Terima kasih cikgu

Rata-rata net1zen turut sebak melihat cara guru menyayangi anak muridnya selain ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.

Malah, ramai mendoakan supaya pelajar itu diberi bantuan kaki palsu untuk meneruskan perjuangannya dalam acara sukan pada masa akan datang.

Sumber: TikT0k faridkamaruddin18