Pegawai Wanita TLDM Yang Pertama Pakar Musn4h Peluru Dan Bahan Letup4n.
Pernah tular kisah Leftenan Madya, Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi peg4wai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musn4h peluru dan bahan l3tupan pada 2021, dia selayaknya digelar beauty with brain!
Kisah kejayaan tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik catatan daripada Fb Dr. Zulkifli Hussain,
memaklumkan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu meng4kui perlu cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Puteri Shazwani ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam bidang ket3nteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang maj0ritinya dipelopori oleh golongan lelaki.
“Saya tak naf1kan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan ment4l, ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personaliti”.
“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu,” katanya.
Bidang Ketenteraan Buka Peluang Dan Cabaran
Mengulas lanjut tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.
Jadi, bidang ketenteraan yang dicebur1nya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Biodata Puteri Shazwani
Sedikit info tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pendidikan di Sek0lah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh,
kemudian ke Sek0lah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.
Setelah ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada 2019, Puteri Shazwani berkhidmat di Markas Tenter4 Laut, Bahagian Material pada 2021,
selain menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama lapan bulan di Kem Mempaga, Bentong sebelum diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Pelvru dan Bahan Letup4n Wilayah Laut 1.
Hebat, dalam usia yang Puteri Shazwani mampu membuktikan wanita juga mampu melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti kaum lelaki.
Sumber:HM