Pasar Awam Jadi Port Sanding Mewah , Lantai Dah Tak Becak . Pengantin Seronok Dapat Bantu Peniaga Sambil Raikan Tetamu.
Majlis perkahwinan pasangan ini menjadi tular di media sosi4l apabila mereka mengadakannya di sebuah pasar awam.
Menurut portal Wolipop, perkongsian itu dibuat oleh seorang jurufoto pernikahan mereka menerusi akaun TikT0k @blessing07_.
Seperti yang dinyatakan dalam video, majlis berlangsung di Pasar Ngijon, Sleman, Yogyakarta, Ind0nesia.
Pasangan pengantin yang melangsungkan perkahwinan di pasar ini memilih warna turquoise sebagai tema perkahwinan mereka.
Perancang perkahwinan menukarkan hiasan dengan mengubah pasar tersebut menjadi sebuah majlis yang kelihatan mewah.
Kelihatan bahagian bumbung pasar dihiasi dengan kain putih dan turquoise serta lantai ditutup dengan permaidani kelabu.
Dalam video tersebut, dapat dilihat pelbagai makanan tradisional Ind0nesia terhidang kepada tetamu.
Golongan wanita yang menjaga makanan itu dilihat memakai pakaian kasual (santai) seolah-olah sedang menjual di pasar.
Terdapat juga bufet yang disediakan oleh pasangan pengantin untuk meraikan para tetamu yang hadir memeriahkan majlis.
Majlis perkahwinan ini mampu membuatkan tetamu jemputan tidak dapat melupakan keunikan yang dibawa.
Ini kerana pasangan pengantin dianggap dapat membantu perdagangan Golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di pasaran.
Sumber:Mstar