Pasangan wrga emas tetap pimpin tangan dalam hujan buat ramai terharu
pasangan wrga emas tetap pimpin tangan dalam hujan buat ramai terharu apabila masing-masing berkongsi satu payung.
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikT0k dikenali sebagai asyshaa telah mendapat pelbagai respon daripada wargnet apabila masing-masing berharap agar dapat hidup sehingga ke tua bersama pasangan yang dicintai.
Kasih sayang macam ni cukup mahal
Dalam hantaran yang dibuat pengguna TikT0k berkenaan, dia telah meninggalkan kapsyen menyatakan bahawa kasih sayang seperti ini sangat mahal dan tidak semua dapat merasainya.
“Kasih sayang yang macam ini sangat mahal , tak semua kita dapat merasa. Doakan yang baikbaik untuk pasangan ini,” tulisnya.
Pasangan wrga emas jalan dalam hujan nak pergi kedai makan
Menerusi video itu, dapat dilihat pasangan warga emas berkenaan jalan perlahan di dalam hujan
dengan suaminya memegang payung sambil berusaha memimpin isteri yang mengalami sedikit kesukaran untuk berjalan lebih laju.
Difahamkan, pasangan tersebut dalam perjalanan mahu ke kedai makan berhampiran dan pemilik akaun TikT0k memberitahu pasangan berkenaan ‘dating’ berdua.
Pasangan warga emas memang kerap pergi ke mana-mana berdua
Menjengah ke ruangan komen, ada wargnet yang mengenali
pasangan tersebut memaklumkan yang mereka berdua sememangnya sangat romantis apabila kerap melihat pasangan berkenaan menaiki motosikal berdua untuk pergi ke surau.
Semoga mereka diberi kesihatan yang baik
Susulan daripada itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen mendoakan supaya pasangan warga emas tersebut terus diberi kesihatan yang baik agar dapat terus bersama-sama melakukan rutin harian.
Mereka juga berharap agar suatu saat nanti akan dapat merasai hidup bahagia berdua hingga ke akhir usia bersama pasangan masing-masing walaupun sudah dimamah usia.
Keharmonian rumah tangga pasangan wrga emas seperti ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada anak muda supaya menjaga rumah tangga dengan baik agar dapat mengecapai kebahagian hingga ke usia senja.
Semoga kita semua turut merasai hidup bersama pasangan yang dicintai selama-lamanya.
Sumber: hm