Pasangan Suami Isteri Kena T4ngkap Basah Di Hotel , Makcik Kedai Makan Sengaja “Pedajal”
Hanya disebabkan masal4h dengan seorang pemilik kedai makan, pasangan suami isteri terpaksa berhadapan dengan serbuan dari pejabat agama Islam sewaktu menginap di sebuah hotel murah.
Kena t4ngkap basah dekat OYO
Menerusi perkongsian di TikT0k zed_rodzuan, dia dan isteri yang baru sebulan bernikah telah ‘ditangk4p basah’ oleh pegawai-pegawai jabatan agama Islam namun terlepas memandangkan mempunyai kad pernikahan.
Menerusi cerita Zed, mereka sebelum menginap di hotel murah itu telah pergi ke satu restoran berhampiran untuk menjamu selera.
Namun disebabkan servis yang begitu lambat sehingga hampir sejam makanan dipesan pun belum tiba, dia dan isteri telah bergerak untuk makan ditempat lain kerana sudah terlalu lapar.
Pemilik kedai makan tak puas hati
Ternyata pemilik restoran berkenaan tidak berpuas hati dan pergi bertemu mereka dengan mengambil gambar dan menggunakan ayat-ayat simpati.
Suami kepada mak cik tersebut juga telah mengekori pasangan ini sehingga ke hotel OYO berdekatan dan mengambil peluang untuk memerangkap mereka dengan membuat aduan kepada pejabat agama.
Disebabkan itu, Zed dan pasangannya terp4ksa melayani pegawai agama yang datang menjalankan tugas selepas menerima aduan walaupun perlu bangun awal pagi memandangkan bakal menaiki penerbangan ke Paris untuk berbulan madu.
Mujurlah mereka mempunyai kad pernikahan yang sah dan dapat di dengar yang pegawai agama tersebut mengucapkan selamat pengantin baru dan beredar selepas terbukti mereka adalah suami isteri.
Sumber: TikT0k zed.rodzuan