“Saya Nak Jaga Dirinya Hingga Akhir Hayat…”Pasangan Hidap B4rah Paru-paru Tahap 4, Lelaki Percepat Tarikh Nikah .

Pasangan hidap barah paru-paru tahap 4, lelaki percepat tarikh nikah “saya nak jaga dirinya hingga akhir hay4t…”. Cinta sejati itu memang wujud. Namun mungkin agak limited kerana terlalu banyak kisah keruntuhan rumahtangga dipaparkan di media sosial.

Namun kisah Lokman Sumadi, 35 tahun ini sangat menyentuh hati. Biar menyedari bakal isterinya, Nor Azurah Othman mengidap barah paru-paru tahap 4 dan kini sedang mendapatkan rawatan,

dirinya bertindak gentelman dengan mempercepatkan tarikh nikah mereka demi untuk menghalalkan sebuah perhubungan dan menjaga isterinya hingga ke akhir hayat.

Lokman memaklumkan, dirinya tidak mencari pasangan yang sihat dan sempurna kerana katanya manusia bukan selamanya sihat.

“Saya tak perlu cari pasangan yang sihat dan sempurna kerana manusia bukan selamanya sihat, tapi cukup isteri sentiasa ada dengan saya walaupun keadaannya begitu,” kata Lokman Sumadi, 35.

Kisah Lokman dan pasangannya, Nor Azurah Othman, 39, tular di media sosial selepas mereka disatukan ketika Nor Azurah sedang berjuang melawan b4rah paru-paru tahap empat.

Ia bermula selepas kembar Nor Azurah, Nora Delysya, 39, memuat naik video kakak dan abang iparnya itu yang diijabkabulkan secara dalam talian.

Bercerita lanjut, Lokman berkata, majlis akad nikah secara maya itu diadakan pada 18 Ogos lalu, yang mana dia berada di rumah keluarga isterinya dekat Kampung Sungai Kelambu, di sini manakala Nor Azurah di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Mengikut perancangan asal, majlis akad nikah pada 7 September depan, tapi memandangkan isteri sudah dimasukkan ke HKL, saya buat keputusan untuk mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga kedua belah pihak dan niat saya adalah menghalalkan isteri supaya lebih mudah untuk menjaganya.

“Isteri tanya saya betul atau tidak untuk teruskan (majlis) kerana awalnya, dia tak bagi teruskan kerana menganggap dirinya tak mampu beri saya kebahagiaan dalam keadaannya yang begitu.

“Tapi saya nekad juga teruskan (perkahwinan) kerana bagi saya, dia (isteri) wanita sempurna dan kalau boleh nak jaga dia sehingga akhir hayat saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lokman mengakui sebak selepas sah bergelar suami kerana diizinkan Allah SWT untuk bertemu jodoh dengan wanita pilihan, walaupun dalam majlis akad nikah yang tidak sama seperti pasangan lain.

“Perasaan saya bercampur baur pada hari akad nikah itu, tak mampu nak berkata-kata dan hanya dapat mengalirkan air mata kerana isteri tak ada bersama.

“Tapi sebaik selesai akad nikah, saya terus ke hospital (HKL) dengan ditemani kembar isteri dan keluarga untuk sarungkan cincin.

“Syukur semuanya dipermudahkan dan paling penting dapat restu kedua belah keluarga,” katanya yang mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Mengimbas detik perkenalan, Lokman berkata, dia dan isteri sudah lama mengenali satu sama lain sejak zaman sekolah lagi kerana tinggal di kawasan berdekatan.

Bagaimanapun, Lokman berkata, dia dan isterinya mula berkawan rapat serta bertukar nombor telefon pada November tahun lalu.

“Memang kenal sebab isteri tinggal di kampung sebelah tapi setakat itu sahaja, hingga ditakdirkan kami berkawan dan dan kenal lebih rapat.

“Awalnya memang tak tahu isteri sakit kerana dia hanya disahkan menghidap barah pada 18 Januari lalu iaitu dua bulan selepas kami berkawan.

“Oleh kerana perasaan sayang sudah ada, membuatkan saya terus setia dengannya walaupun keadaannya makin teruk. Lagipun, saya percaya pesakit barah perlukan semangat.

“Jadi saya akan baginya sokongan dan kasih sayang untuk terus kuat walaupun doktor pernah beritahu jangka hayatnya tiga bulan saja,” katanya.

Lokman berkata, dia tidak menyangka hantaran video dimuat naik adik iparnya mendapat perhatian ramai.

“Saya tengok ruangan komen ramai yang mendoakan, syukur Alhamdulillah. Terharu rasanya.

“Bagi yang menonton video itu, saya mohon doakan kebahagiaan rumah tangga saya dan doakan isteri saya diberi kesihatan baik serta kuat melawan penyakitnya,” katanya.

Sumber:HM