Pantang Ada Cuti Ja Mesti Balik Rumah . Gadis IPT Pelik Ada Rakan Suka Bercuti Di Kolej Kediaman . Puas Kaji Akhirnya Faham Situasi
Kediaman sering dikaitkan sebagai tempat untuk seseorang itu beristirahat dan berasa selamat daripada segala macam permasalahan.
Namun, ketika diri semakin menganjak dewasa, pastinya sese0rang itu harus meninggalkan rumah sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau mengejar karier.
Melalui satu perkongsian di TikT0k, seorang gadis mended4hkan dia menerima satu kejutan realiti ketika menuntut di institut pengajian tinggi (IPT).
Menurutnya, dia baru menyedari bahawa tidak semua individu bernasib baik mempunyai sebuah rumah dengan suasana yang ideal dan kondusif.
“Masa saya student dulu, saya hampir setiap minggu balik rumah. Saya ni memang ahli paling aktif PBSM (persatuan balik setiap minggu).
“Lepas tu saya macam pelik, kenapa ada sesetengah kawan saya memang jarang balik rumah, dia cuma balik rumah waktu cuti pertengahan semester atau cuti study week je.
“Student kebiasaannya termasuk saya akan bersemangat nak balik setiap minggu, hari Jumaat je dah tempah tiket untuk balik Sabtu Ahad, kalau ada tambah dengan cuti umum lagi best.
“Jadi itu menjadi persoalan utama saya, macam mana boleh ada golongan student yang lebih selesa untuk tinggal di kolej kediaman atau rumah sewa setiap kali cuti weekend?” soal gadis tersebut.
Itulah sebab saya nak sangat kerja cepat dan kahwin awal, saya nak segera keluar dari rumah keluarga saya ni.
Setelah puas ‘mengkaji’ dan mencari jawapan, gadis berkenaan mendedahkan latar belakang seseorang pelajar itu mungkin boleh dikaitkan dengan persoalan ini.
“Sekarang ni baru saya faham kenapa, tak semua orang mempunyai rumah yang boleh dilabelkan sebagai tempat tinggal yang dirindui.
“Kadang mereka mungkin ada masalah keluarga atau ada sesuatu yang berlaku di rumah, jadi kalau balik ke pangkuan keluarga, mereka akan rasa lebih serabut.
“Itu sebab mereka lebih memilih untuk tinggal di kolej je, lebih tenang rasa jiwa ini. Sekarang baru saya terbuka mata untuk nampak sisi baharu ini,” ujar gadis itu menutup bicara.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsi pendapat dalam perbincangan itu.
“Betul, itulah sebab saya nak sangat kerja cepat dan kahwin awal, saya nak segera keluar dari rumah keluarga saya ni.
“Walaupun rumah ni bukanlah ‘rumah’ untuk saya, saya cekalkan juga hati untuk balik demi nak tengok ibu saya, biar dunia ini terbalik, jangan ibu saya pergi dahulu.
“Kadang ada juga yang tak selalu balik sebab rumah jauh dan memikirkan duit banyak nak kena keluar.
“Saya pula tak balik sebab rasa penat, baik saya habiskan weekend untuk berehat di bilik je, nanti cuti panjang saya balik la rumah,” kata warga maya.
Sumber:Mstar