Pakcik Uzur Ke Masjid Naik Wheelchair , Berdiri Ketika Solat .Pemuda Liat Solat Jemaah M4lu Dengan Diri Sendiri
Solat merupakan amalan wajib bagi semua umat Islam tidak kira di mana mereka berada.
Boleh ditunaikan secara bersendirian, namun ganjaran pahala 27 kali ganda menanti mereka yang menunaikan solat secara berjemaah.
Walaupun dijanjikan dengan saham akhir4t yang sebegitu lumayan, tidak ramai yang mampu melaksanakannya atau menjadikannnya rutin, mungkin kerana faktor kekangan masa dan keletihan.
Melalui satu hantaran di Fb, seorang pemuda berkongsi kisah inspirasi ketika singgah solat fardu di sebuah masjid di Simpang Ampat, Pulau Pinang yang kelihatan lengang dengan kehadiran hanya beberapa jemaah.
Menurutnya, perkara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran seorang lelaki warga emas yang uzur ke masjid berkenaan, sekali gus menyedarkan dirinya yang sering bermalas-malasan dalam menunaikan solat.
“Kita kalau s4kit sekejap pun dah rasa penat dan sebagainya. Kita mesti akan pilih jalan mudah untuk solat secara duduk atau lain-lain pelepasan yang dibenarkan di sisi syarak.
“Tapi tok wan yang saya jumpa ni, dia pilih untuk solat secara biasa iaitu berdiri setiap kali hadir solat berjemaah. Untuk pengetahuan, dia datang ke masjid dengan kerusi roda yang ditolak anaknya kerana tidak mampu untuk berjalan jauh.
“M4lu sungguh rasa diri ni, saya sihat je pun, kadang tu berat juga nak hadir solat berjemaah. Satu pengajaran untuk saya, tok wan ni setiap hari boleh datang untuk Maghrib dan Isyak, kenapa bukan kita?
“InsyaAllah pakcik ni akan terus hadir ke masjid sekiranya kesihatannya mengizinkan,” cerita lelaki itu.
Kesibukan kita mencari duit tak akan menguntungkan kita apabila di negeri abadi nanti, ayuhlah kita meramaikan masjid.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengambil iktibar daripada perkongsian itu dan berjanji untuk terus memperbaiki diri dalam aspek agama dan ibadat.
“Allahuakbar, tersentak hati ni rasa, kita sesihat-sihat tubuh badan ni malas nak ke masjid tapi orang tua yang kaki dah lemah masih boleh.
“Kesibukan kita mencari duit tak akan menguntungkan kita apabila di negeri abadi nanti, ayuhlah kita meramaikan masjid.
“Ramai orang kita yang semangat nak pertahankan Masjid al-Aqsa di seberang dunia sana tapi masjid dalam kejiranan sendiri pun malas nak meriahkan,” ujar warga maya.
Sumber:HM