Pakcik Minta Pihak Lelaki Tentukan Hantaran , Tid4k Mahu Bakal Menantu Terb3ban.
Tidak mahu membeb4nkan bakal menantu, seorang pakcik menyerahkan soal wang hantaran untuk ditetapkan oleh pihak keluarga lelaki sebelum menikahi anak perempuannya.
Menurut Fakhrudin Ahmad, dia ingin membuang persepsi negat1f berhubung jumlah wang hantaran yang dikatakan boleh menyukarkan pernikahan sebaliknya lebih mementingkan tentang mas kahwin.
‘Sempoi’ minta pihak lelaki tentukan hantaran
“Soal hantaran ni saya serah kepada pihak lelaki, saya tak mahu membeb4nkan. Yang penting adalah mas kahwin, itu yang wajib dalam Islam.
“Hantaran saya serahkan kepada pihak lelaki untuk menilai yang berpatutan, tidak membeb4nkan. Prinsip saya macam tu, saya tak tetapkan.
“Saya nak beri contoh supaya hantaran ini tidak menjadi beb4n dalam soal perk4hwinan,” katanya yang juga seorang usahawan pelaburan emas.
Fakhrudin berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikT0k memaparkan sesi kedua-dua belah keluarga sedang berbincang dipercayai ketika majlis merisik anak sulungnya, Amalina pada 1 Julai lalu.
Menerusi video tersebut, pada mulanya Fakhrudin dilihat berseloroh dengan menetapkan RM29,000 sebagai jumlah wang hantaran apatah lagi anak mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan.
“Amalina dia lulusan perakaunan, jadi kita tetapkan RM29,000 boleh? Tak, melawak-melawak saja. Tapi mas kahwin tu betul, dua dinar.. emas 999. Hantaran tu melawak saja, saya minta maaf,” ujarnya.
Video berdurasi lebih seminit itu meraih 3.7 juta tontonan dan menerima 291,000 tanda suka selain 6,234 komen net1zen yang rata-rata menyifatkan pakcik berkenaan sebagai bapa mentua idaman.
Malah, terdapat juga segelintir individu berkongsi cerita masing-masing sewaktu mereka mendirikan rumah tangga yang lebih memandang kepada kehidupan selepas berk4hwin.
Bapa mentua idaman ni
Saya dulu takde hantaran
Terbaik! Tak membebankan
‘Sempoi’… lepas kahwin lagi banyak guna duit
Bagus, ikut yang wajib je.. selesai
Sumber: TikT0k