Pakcik Jual Ayam Korea Sedap Dah Tiada , Pelanggan Dedah Arwh Baik Orangnya , Asyik Minta Maaf Kerana Terpaksa Naikkan Harga Lauk.

Restoran atau gerai yang mampu memenuhi cita rasa segenap lapisan masyarakat pasti mempunyai ramai pengikut.

Begitulah juga dengan Lutfil Hadi apabila dia sering berkunjung ke sebuah gerai makan yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Selain lauk pauk nasi campurnya yang menyelerakan, Lutfil juga kagum dengan pemilik warung itu yang merupakan seorang lelaki lanjut usia yang sangat peramah dan mesra dengan pelanggan.

Ciapan asal di Twitter.

Namun, sejak kebelakangan ini pemilik gerai itu sudah tidak lagi kelihatan sehingga menyebabkan Lutfil mula tertanya-tanya tentang keberadaannya.

“Ada satu gerai ni memang aku selalu beli lauk makan tengah hari dekat situ. Ayam dia besar, sedap dan ada masak pedas Korea. Memang rare!

“Tapi dah beberapa minggu aku tak nampak tuan kedai ni. Sampailah hari Isnin 17 Julai hari tu, aku ternampak kedai tu buka balik. Tapi yang jaga tu seorang lelaki muda.

“Bukan tuan kedai dan bukan juga anak perempuan dia. Jadi aku pun pergi ke gerai tu, sambil-sambil tengah pilih lauk aku mula bersembang. Aku tanya Lama dah tak nampak pakcik ya, masih rehat di rumah ke?.

“Aku tahu bulan lepas yang tuan kedai ni memang ada masalah jantung. Anak perempuan dia yang ganti niaga beritahu aku. Aku macam okay la dan harap pakcik tu cepat sihat,” kata Lutfil membuka cerita.

Sungguh tidak disangka, jawapan yang keluar dari mulut pemuda itu membuatkan Lutfil terkedu sebentar.

Aku selalu harap supaya kedai dia laku keras sebab lauk-lauk dia simple tapi sedap

“Pemuda tu pun cakap Oh abang tak tahu ke?. Aku macam keliru sekejap sebab aku memang tak tahu apa yang berlaku.

“Kemudian pemuda tu jelaskan, Pakcik tu bapa mentua saya. Saya menantunya. Dia mninggal dah bulan lepas sebab keuzuran. Jadi saya la ganti dia.

“Aku tersenyap sekejap. Cuma innalillahiwainnailaihirojiun je yang keluar dari mulut aku,” ujar Lutfil yang terkesima mendengar khabar duka itu.

Insiden yang mengejutkan itu membuatkan Lutfil mengimbau kembali momen sentimental bersama arwh.

“Aku tak kenal pakcik tu rapat sangat. Setakat berbual biasa saja waktu membeli makanan. Aku jadi pelanggan setia pakcik ni sejak dari masa dia mula buka gerai depan Apartment Lestari di sini.

“Waktu tu, gerai dia je yang jual masakan ayam Korea, sangat sedap untuk lauk tengah hari. Sebab tu aku selalu singgah gerai pakcik ni. Setiap kali aku datang, dari jauh dia sapa aku, Assalamualaikum tuan! Sihat ye hari ni?

“Dan setiap kali tu juga mesti ada topik berborak. Dalam terik matahari, kami rancak bertukar pendapat. Pasal ekonomi, kesihatan, p0litik dan macam-macam lagi semua kami bincangkan.

“Kadang tu ralit sangat berborak dengan pakcik sampai terlepas waktu lunch hour,” imbas Lutfil.

Bukan sahaja pandai mengambil hati pelanggan, Lutfil berkata pakcik itu sangat pemurah dalam memberikan makanan yang dijual.

“Cerita bab makanan pula, pakcik tu bukan setakat letak je lauk yang kita pilih, dia siap cadangkan lagi lauk mana sesuai dengan kuah apa.

“Pernah juga dia terpaksa naikkan harga ayam sebab keadaan ekonomi. Itu pun berulang kali dia minta maaf dekat aku. Maaf ya tuan harga kita naik sikit. Tapi saiz kita tak ubah. Harap maklumlah harga barang naik kan. Maaf ya.

“Pakcik tu juga jenis tak lokek memberi. Bagi nasi macam untuk dua orang makan, ayam pula besar. Begitulah keperibadian pakcik ni.

“Dan setiap kali selesai urusan kami, dia akan selalu mendoakan pelanggannya. Inti pati doa tu biarlah aku simpan sendiri. Aku selalu harap supaya kedai dia laku keras sebab lauk-lauk dia simple tapi sedap,” kata Lutfil.

Lutfil berkata walaupun pakcik itu sudah tiada, ada satu nasihat diberikan oleh arwah yang sentiasa melekat di hatinya.

“Pakcik tu cakap lebih kurang macam ni, Itulah tuan. Hidup kita ni biar sederhana sajalah. Asalkan cukup hal-hal asas. Bermakna nasihat ni. Kini gerai lauk tengah hari tu nampaknya diusahakan oleh anak menantu arwh pakcik.

“Rasanya ada dua cawangan. Satu depan Secret Recipe, satu lagi di lokasi asal depan Apartment Lestari di Bandar Sri Permaisuri. Aku nak ajak semua kalau ada masa, jom la serbu gerai ni.

“Gerai ni selalu buka dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang atau sampai lauk habis. Biasa nampak buka Isnin sampai Jumaat, hujung minggu tak pernah pula nampak buka.

“Aku cadang korang cuba ayam Korea dia ni, memang mantap, beli RM6 je, dapat penuh sebekas. Tapi kena cepat sebab ayamnya tak banyak,” kata Lutfil menutup perkongsian.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya yang mengenali arwah turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan Lutfil.

“Ya betul, pernah borak dengan arwh. Baik orangnya, terkejut juga bila tanya, anak perempuan dia cakap arwh dah tak ada.

“Ayam Korea dia memang sedap, lauk pauk lain pun sama. Harga memang murah,” komen beberapa warga maya.

sumber:mstar