Pakcik Ini Sanggup Basah , Guruh Berdentum Kuat Baru Berhenti Mesin Rumput. Tuan Rumah Sayu Tengok Pinggan , Rupa-Rupanya Berlapar Buat Kerja.
Keberkatan rezeki datang daripada ketelusan dan keikhlasan kita bekerja.
Begitulah juga dengan lelaki lanjut usia ini yang gigih membanting tulang empat kerat sebagai pekerja pembersihan.
Melalui satu video tular di TikT0k, dapat dilihat pakcik berkenaan tekun menyempurnakan tugas memotong rumput di halaman sebuah rumah walaupun dengan kudrat yang terbatas,.
Perkongsian asal di TikT0k.
Lebih menyentuh hati apabila pakcik itu dilihat sanggup membiarkan dirinya basah disirami hujan lebat semata-mata mahu segera selesai tugas memotong rumput.
Pihak tuan rumah yang turut berasa sayu melihat ketekunan pakcik itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
“Pakcik ini kelmarin datang rumah potong rumput. Tengah duduk memotong tu, lagi sikit nak habis, tiba-tiba mesin r0sak. Dia terp4ksa pulang. Lepas tu dia datang hari ni untuk habiskan tugasnya.
“Sebenarnya bukan kami yang panggil dia, pakcik ni merupakan kawan kepada bapa mentua kami yang ambil upah potong rumput di sini. Kalau ikutkan, orang yang datang sebelum-sebelum ni biasanya muda lagi.
“Mereka gagah dan perkasa. Tapi sejak kebelakangan ni tiada yang datang mesin (potong) rumput di rumah kami. Dan pakcik ni pula sukarela datang sendiri nak potong, kami pun terima.
“Baik sangat pakcik ni. Ya Allah kau permudahkanlah urusannya dan kau berikanlah tubuh badan yang sihat untuknya,” jelas seorang wanita yang merupakan ahli keluarga tuan rumah di ruangan kapsyen.
“Setiap satu suap yang pakcik tu makan malaikat rahmat akan mendoakan keampunan kepada kita dan terpadam satu d0sa.
Mengimbas detik mengins4fkan itu, wanita tersebut berkata dia sempat mengajak pakcik berkenaan untuk berteduh dahulu ketika hujan mula turun.
“Saya dah cakap dekat pakcik tu berhenti dahulu, tengah hujan ni, esok boleh datang lagi sambung. Tapi dia kata tak boleh sebab esok dia ada job lain orang bagi upah buat ladang kelapa sawit.
“Tiba-tiba kilat mula sabung-menyabung dan guruh berdentum, pakcik tu terp4ksa juga berhenti potong rumput. Tengah hujan sambil pakcik tu berteduh, kami sempat bagi dia pekena nasi goreng dan kopi panas, memang layan.
“Pakcik tu siap cakap Allah, macam tahu-tahu je tengah lapar ni, terima kasih banyak. Alhamdulillah licin pakcik tu makan. Lepas berhenti hujan, dia sambung pekerjaan. Selesai semua menjelang maghrib, baru dia pulang.
Pakcik ini tidak mencvri tulang dalam pekerjaannya.
“Mana la pakcik ni dapat kudrat pada usia sebegini, gigi pun tak ada dah,” kata wanita tersebut sempat berseloroh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji sikap prih4tin yang ditonjolkan wanita tersebut.
“Setiap satu suap yang pakcik tu makan malaikat rahmat akan mendoakan keampunan kepada kita dan terpadam satu d0sa.
“Ayah aku pun ada ambil upah potong rumput. Pernah pengs4n beberapa jam bawah ter1k matahari, tak ada siapa pun nampak. Terima kasih akak jagakan pakcik ini,” kata sebahagian warga maya.
Sumber:mstar