Anak-anak pakat kongsi duit bina rumah baharu untuk ibu bapa”Dulu susah ,mak abah kerja menoreh getah”
Bukan mudah untuk adik-beradik ramai untuk bersatu hati dan punya persefahaman yang tinggi.
Namun, kisah 11 beradik dari Kampung Chasi Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan yang berpakat menyumb4ng wang untuk membina kediaman baharu buat ibu bapa mereka membuatkan ramai j4tuh kagum.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik Mohd Tarmize Ramly menerusi akaun TikT0k @Mize Aida yang merupakan anak keenam pasangan Ramly Yaacob, 67 dan Rohani Mat Zain, 58, meraih perhatian warga maya.
Menerusi perkongsian Mohd Tarmize, bersama Bernama, beliau mengakui memuat naik video berkenaan selepas ayahnya mninggal dunia akibat str0k, tidak lama selepas berpindah masuk ke kediaman baharu berkenaan.
“Ayah mninggal dunia pada April tahun lepas. Selepas ayah mninggal, saya terasa kosong, jadi saya cuba buat video tentang memori bersama ayah di rumah baharu untuk dikongsikan di TikT0k.
“Saya kongsikan juga video lama termasuk ketika pembinaan rumah yang dibuat pada 2019 lagi. Apabila saya muat naik di TikT0k, tak akan viral,” katanya.
jelas lelaki berusia 33 tahun itu lagi, idea menghadiahkan rumah baharu kepada ibu bapa mereka itu dicetuskan oleh adiknya, Mohd Aizat, 32 yang juga anak ketujuh dalam keluarga berkenaan.
“Kami sebenarnya ada 14 adik-beradik dengan 11 orang sudah bekerja dan tiga masih bersekolah. Jadi, yang menyumbang cuma 11 orang dan tidak ada had sumbangan. Masing-masing sumbang ikut kemampuan dengan sasaran kos awal RM140,000.
“Perancangan asal cuma tiga bilik, tetapi semasa dalam pembinaan, kontraktor sarankan tambah ruang demi keselesaan. Ada antara kami yang bersedia hulur (sumbang) lebih,
maka kami sepakat jadikan rumah itu enam bilik tidur dan ruang dapur lebih besar,” ceritanya, menambah kos keseluruhan mencecah RM250,000.
Beliau yang bekerja di Pos Malaysia Berhad, cawangan Petaling Jaya, Selangor, berkata kediaman itu dibina di atas tanah milik ibunya dan berhadapan rumah asal mereka.
“Saya dan adik-beradik pun dah bersetuju untuk tidak menuntut kediaman tersebut dan jadi rumah kami berkumpul apabila balik semasa hari raya.
“Selesalah sikit berbanding rumah lama, kerana ketika itu ada antara kami yang terpaksa tidur di dalam kereta,” katanya, menambah rumah lama mereka kini disewakan.
Bukan itu sahaja, mereka adik-beradik turut sepakat menghadiahkan sebuah kereta Perodua Axia bagi kegunaan arwh bapanya termasuk menghantar dan mengambil tiga adik mereka di sekolah.
“Itu sumbangan kami untuk mak dan ayah kerana kami daripada keluarga sus4h. Mak dan ayah dulu bekerja menoreh getah dan hasil getah pula dibahagi dua dengan tuan tanah,” tambahnya.
Sumber:HM