Tunai haji, Johan raja lawak dan Ozlynn bakal berangkat ke Tanah Suci ditaja Kementerian Medi4 Arab Saudi

Tahniah dan selamat berangkat buat pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn Wati yang bakal menunaikan haji.

Ozlynn menerusi laman sosi4l Instagram berkongsi persiapan yang dilakukan. Paling menyentuh hati, ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerima banyak hadiah daripada kenalan dan rakan selebriti.

Malah ada yang sudah siap mencucinya terlebih dahulu.

“Rezeki daripada ALLAH salah satunya dikelilingi orang-orang yang baik. Terima kasih kesayangan Fiza Sabjahan berikan pelbagai hadiah. Jubah untuk umrah, tudung sarung yang selesa dan kurta kepada Johan. Banyak betul.

“Siap Datin Sue bagi hadiah jubah dan abaya. Terimalah model terbaru. Seronok apabila cuba sarung semua. Semoga dilimpahkan rezeki buat kalian,” kongsi Ozlynn

Johan dan Ozlynn serta 11 petugas media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima pada tahun ini.

Menurut Fasilitator Media Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Haji Izelan Basar, wakil media Malaysia terlibat tahun ini terdiri daripada TV AlHijrah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.

Izelan berkata, kira-kira 2,000 pengamal media dan pempengaruh dijemput berbanding tahun lepas hanya 1,500 orang.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *