Oyen Tak Pernah Salah Kubur , Siap Iring Ke Pusara Tok Ma.Rupanya Ada Kisah Sedih Si Bulus Kurus

Kucing berwarna oren yang digelar sebagai Oyen, begitu sinonim dengan keletahnya yang sering dikongsikan di media sosi4l.

Namun, kisah seekor kucing oren yang tular baru-baru ini membuatkan sesiapa sahaja sebak dan tersentuh.

Menerusi perkongsian Nash Axis di TikT0k, kucing bernama Oyen itu membuktikan kesetiaan si bulus kepada manusia sememangnya berlaku.

Menurutnya, si Oyen akan mengiringinya setiap kali menziarah pusara nenek yang digelar Tok Ma, dan seperti mengetahui di mana lokasinya di tanah perkuburan.

“Setiap kali pergi ziarah Tok Ma dekat kubur, Oyen inilah yang akan sambut dan bawa kami ke kubur,” ujarnya.

Di sebalik kesetiaan seekor kucing itu, rupanya ada kisah mengenai arwah nenek yang tidak disangka-sangka

Menurut wanita itu, neneknya merupakan pencinta haiwan yang membela kucing sebagai peneman semasa hayatnya.

“Tok Ma semasa dia hidup suka bela kucing, dan sekarang Oyen inilah peneman Tok Ma dekat kubur,” ujarnya.

Rakaman video yang meraih lebih 300,000 tontonan itu menunjukkan kepintaran si Oyen menunjukkan jalan ke pusara Tok Ma.

Walaupun haiwan diketahui tidak mempunyai akal, namun Oyen membuktikan ‘kebolehannya’ menunjukkan pusara dengan betul.

Malah, setiap percakapan yang dikeluarkan oleh wanita itu seperti disambut baik kucing tersebut sepanjang oleh perjalanan ke pusara nenek.

“Oyen bawa pergi dekat kubur Tok Ma. Tunjuk… nak pergi kubur Tok Ma ni. Yang mana satu kuburnya?

“Mana kuburnya, Oyen? Oh ini kuburnya, pandai Alhamdulillah. Assalamualaikum Tok Ma,” kata Nash yang membuat rakaman.

Perkongsian video itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, malah ada yang turut bersimpati dengan Oyen.

Keadaan fizikal si bulus itu yang kelihatan agak kurus mengundang kesedihan dalam kalangan netizen.

“Sedihnya, sampai kurus dia rindu.

“Tunjuk video yang ada Tok Ma dekat Oyen tu. Dapatlah dia hilangkan rindu.

“Kucing pun pandai berjalan di antara kubur. Manusia kadang-kadang pijak atas kubur pun ada,” komen netizen.

Sumber:TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *