Order Makanan Tak Dapat Sos,Rider Pula Disekolahkan . Pelanggan Bagi Alasan Bayar Upah Paling Mahal

Pekerjaan sebagai penghantar makanan (rider) tidak mudah seperti yang disangka.

Selain risik0 keselamatan di jalan raya, rider juga perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan termasuk yang menjengkelkan.

Terbaharu, seorang rider tular di Fb selepas dia mendedahkan diugut oleh seorang pelanggan lelaki.

Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsi, pelanggan itu berang kerana tauhu bergedil antara yang dibelinya tidak disertakan bersama sos.

Meskipun kecuaian dipercayai berpunca daripada pihak vendor atau restoran, pelanggan berkenaan tetap mengugut untuk membuat laporan ke atas rider.

“Makan saya tidak ada satu sos pun, apa ni? Saya akan complain dekat (pengendali servis). Kalau rasa nak kerja, kerja betul-betul, bukan sekadar nak dapat upah.

Tugas penghantaran dan tugas kedai pun dia tak reti beza

“Saya letak upah paling mahal untuk awak dapat. Macam ni ke tugas awak? Yes, jangan risau, saya mesti akan report dan saya akan tulis awak kurang ajar terhadap pelanggan.

“Dan screenshot semua perbualan awak dengan saya,” tulis pelanggan itu sambil menyertakan gambar tauhu bergedil serta beberapa kuih lain yang dibelinya.

Seorang pengguna Fb, dipercayai rider kes itu turut meluahkan rasa kesalnya atas tindakan ‘kurang bijak’ pelanggan berkenaan.

“Aku tak faham betul orang kaya tapi bodoh tetap tak fikir guna otak. Kedai dah siap ikat letak (makanan yang ditempah) atas meja.

“Lepas tu nak rep0rt sebab sos tak ada. Bukan salah aku. Aku pun tak tahu orang tu letak sos ke tak, lepas tu salahkan aku.

“Cakap jujur pun kena label kurang ajar. Tak faham betul aku,” ujar rider berkenaan.

Selain menghantar makanan, rider juga perlu berdepan dengan kerenah pelanggan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong rider itu yang dianggap menjadi mngsa keadaan.

“Ni m5salah kedai. Rider tu tukang hantar je. Dia ni faham ke tak faham?

“Dia ingat rider yang bungkus makanan ke?

“Tugas penghantaran dan tugas kedai pun dia tak reti beza,” tulis beberapa netizen.

Sumber:FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *