“Orang Selalu Suruh Saya Mengucap” Atuk C1na Umur 71 Hafal Surah Yasin , Bacaan Berlagu Macam Orang Mengaji.
Seorang lelaki meluahkan rasa kagum apabila bertemu dengan wrga emas bukan beragama Islam yang membaca beberapa ayat daripada surah Yasin.
Berdasarkan video yang tular, kedengaran wrga emas berbangsa C1na berusia 71 tahun yang merupakan pemandu e-hailing itu mengalunkan bacaan yang dihafalnya.
“Kisah petang tadi saya ambil (naiki) Grabcar dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.
Video tular merupakan rakaman diambil dari grup Ws.
“Apabila saya bertanya mengenai rahsianya, pakcik ini menjawab setiap hari berdoa dan membaca 17 ayat pertama daripada surah Yasin,” tulisnya pada video berkenaan.
Video itu dikongsikan semula pemilik akaun rosenikay di TikT0k
Ujar penumpang lelaki dalam video tersebut, ini merupakan kali pertama dia berdepan dengan orang bukan Islam yang boleh menghafal beberapa ayat dalam surah Yasin.
Dia kemudian bertanya mengapa lelaki ini tidak mahu menukar agamanya kerana kelihatan begitu berminat dengan Islam.
“Saya ni baca untuk ilmu sahaja.
“Orang selalu suruh saya mengucap,” katanya ringkas.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut meluahkan rasa seb4k apabila mendengar lelaki ini mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaulannya dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja di UMW Toyota suatu ketika dahulu.
Terkejut saya tadi boleh hafal surah Yasin… terbaik uncle.
“Meleleh air mata saya mendengarnya. Sekadar perkongsian,” jelasnya lagi.
Rata-rata net1zen turut meluahkan rasa kagum mereka dan berdoa agar lelaki ini memeluk Islam suatu hari nanti.
Malah, ada beberapa individu turut meng4kui bahawa mereka sendiri tidak mampu menghafal potongan ayat daripada surah Yasin seperti warga emas itu.
“Semoga sempat dia beriman sebelum h3mbusan terakhir.
“Subhanallah. Terkejut saya tadi boleh hafal surah Yasin. Terbaik uncle.
“Uncle… Saya pun tak hafal surah Yasin,” komen net1zen.
Komen net1zen pada video.
Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini mengulas mengenai hukvm orang bukan Islam membaca al-Quran.
Dalam meneliti isu ini, terdapat beberapa sisi pandang:
Pertama, orang bukan Islam yang membaca al-Quran dengan niat mengh1na (istihza’) atau bermain-main (sukhriyyah).
Isu ini disepakati oleh para ulama sebagai h4ram, dan wajib dihalang.
Kedua, orang bukan Islam vang membaca al-Quran dengan tujuan mencari kebenaran (ihtida) dan petunjuk.
Oleh itu, hukum bagi seseorang yang k4fir yang membaca al-Quran dalam mencari kebenaran atau ihtida’ adalah harus.
Sumber:mstar