Orang Cyberjaya Boleh Cuba , Siap Ada Kaunter Kuih Layan Diri.Tak Sangka King Myvi Boleh Jadi Trak Makanan ,Lauk Nasi Lemak Tersusun Rapi.

Digelar king of the road, kenderaan ini bukan sahaja ‘linc4h’ di jalanan malah hebat membantu tuannya mencari rezeki.

Tak ubah seperti trak makanan, nasi lemak berlauk dan pelbagai kuih muih boleh diniagakan pasangan suami isteri ini menggunakan sebuah kereta Myvi.

Malah warnanya yang merah menyala cukup untuk menarik perhati4n orang yang lalu lalang, sekali gus singgah membeli sesuatu.

Bercakap kepada mStar, Mohammad Irwan Zahari berkata, dia dan isteri baru sahaja mengusahakan bisnes nasi lemak menggunakan Myvi miliknya sejak lebih seminggu lalu di Cyberjaya.

Berusia 37 tahun, Mohammad Irwan menjelaskan mereka mempunyai sebab terp4ksa menggunakan kereta tersebut untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Kami sebenarnya dah berniaga nasi lemak di kawasan ini sejak awal tahun. Masa tu kami berniaga dengan membuka meja di tepi jalan.

“Bagaimanapun, kami tak dapat meneruskannya kerana tidak mempunyai lesen dan dimaklumkan bahawa kawasan tersebut tid4k dibenarkan menjaja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Lauk nasi lemak serta makanan lain di bahagian but kereta.

Bukan dijadikan al4san, dia yang mesra disapa Wan mend4kwa pernah cuba untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi tetapi perlu mencari lokasi yang dibenarkan untuk menjaja terlebih dahulu.

“Lebih seminggu juga kami tak berniaga dan fikir macam mana cara nak atasinya. Nak berniaga dalam trak makanan tak mampu sebab kosnya tinggi.

“Jalan penyelesaian sementara adalah menggunakan kereta Myvi saya. Saya ubah suai sendiri (DIY) pasang rak untuk susun atur lauk dan makanan yang dijual di dalam kereta,” ujarnya yang berasal dari Kampung Gajah, Perak.

Turut disediakan ‘kaunter layan diri’ untuk kuih-muih.

Beroperasi seawal 7 pagi bersama isteri, Roselina Zulman, 33, Wan berkata, selain nasi lemak, mereka turut menjual beberapa jenis kuih, termasuk bihun, mi dan kuetiau.

Walau bagaimanapun, bapa kepada seorang cahaya mata itu meng4kui terdapat cabaran berniaga sementara menggunakan kereta Myvi yang dimilikinya sejak hampir 17 tahun lalu.

Alhamdulillah Myvi merah ini banyak berjasa untuk kami mencari rezeki.

“Kalau dulu masa berniaga guna meja di tepi jalan, saya dan isteri boleh melayan pelanggan berasingan serentak. Sekarang ni ada had dari segi pergerakan apabila guna kereta.

“Isteri cedok nasi di pintu belakang sebelah kiri, saya pula di but belakang untuk cedok lauk. Tingkap di pintu belakang kanan pula dibuka untuk pelanggan layan diri ambil kuih,” katanya yang turut berpengalaman berniaga air balang dan karipap.

Mendirikan rumah tangga sejak lebih sedekad lalu, pas4ngan suami isteri ini pernah mengusahakan kedai yang menyajikan makanan barat tetapi terp4ksa menamatkan operasi selepas terjejas t3ruk akibat Perint4h Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Wan lagi, penggunaan Myvi merahnya itu turut bertujuan untuk memperkenalkan bisnes nasi lemaknya kepada orang ramai sebelum berniaga di kawasan yang dibenarkan.

Orang ramai datang membeli nasi lemak.

“Kami cadang menyewa di tapak persendirian untuk menjaja di kawasan Cyberjaya atau di sekitar Puchong dekat Cyberjaya. Cukuplah sebelum ni dah tiga kali kena saman.

“Alhamdulillah Myvi merah ini banyak berjasa untuk kami mencari rezeki… itu ini ke sana sini. InsyaAllah, kami akan berusaha untuk mendapatkan lesen perniagaan… doakan kami,” katanya.

sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *