Nyanyi di bawah rumah, ramai rasa sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah
Ramai rasa sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah apabila tular video dia menyanyi lagu hits miliknya, Ku Akui di bawah rumah.
Dalam video yang dikongsi pemilik akaun TikT0k, arechailee77, Hafiz yang memakai T-shirt biasa dan berkopiah berkaraoke dengan menyanyikan lagu terbabit dengan penuh penghayatan.
“Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik baik cinta ini wow”
“Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi….” antara lirik dinyanyikan Hafiz.
Sayu kenang Hafiz Suip pernah di pentas gah
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana mengagumi suara pemegang Anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25,26,27 dan 34.
Ada juga di antara mereka mengakui sayu melihat Hafiz yang satu ketika dahulu pernah berada di pentas gah dan mengecapi kegemilangan dengan deretan lagu popular, namun kini memilih untuk tidak begitu menonjol di industri hiburan.
Sayu kenang Hafiz Suip, harap buat comeback kembali
Walau bagaimanapun, para peminatnya masih lagi berharap supaya pemilik nama sebenar,
Mohd Hafiz bin Mohd Suip, 34 untuk kembali bangkit dan mewarnai dunia tarik suara seperti sebelum ini kerana dia mempunyai bakat yang cukup berharga.
Terdahulu, ‘kehilangan’ Hafiz Suip di Ig menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi ada dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Nureffy Jesreel Abdullah sedang bermasalah.
Namun, penyanyi kelahiran Sarawak terbabit tidak memberikan sebarang komen dan hanya berkongsi kehidupan sehariannya di platform TikTok dengan meyatakan lebih seronok menggunakan media sosial berkenaan.
Sumber: TikT0k arechailee77