Tak kisah jem, hati sentiasa berbunga, Norzie Pak Wan Chek, Aidid Marcello kongsi momen manis bersama anak. Sejuk hati!

Ramai yang tersentuh dengan kejayaan anak kedua mereka, Muhammad Iman yang berjaya bergelar huffaz dalam masa selama 11 bulan 20 hari sekali gus menjadikan pasangan itu sebagai inspirasi termasuk penulis.

Dalam satu temu ramah bersama pihak tahfiz baru-baru ini, Norzie sempat berkongsi momen manis bersama dengan anak-anaknya.

“Tak kisahlah traffic jam, hati sentiasa berbunga apabila menghantar anak itu (ke tahfiz) kerana kita rasa kita berjalan menuju ALLAH.

“Apabila menjemput anak balik pun, (seolah-olah) berjalan pulang daripada jihad.

“Dalam kereta kadang-kadang saya akan pasang apps al-Quran. Anak-anak kalau kita tengok dalam movie, satu famili akan pergi berkhemah dan menyanyi bersama-sama.

“Anak saya seronok mengaji (membaca al-Quran) bersama-sama di seluruh perjalanan surah-surah yang telah mereka hafal.

Anak khatam 30 juzuk 11 bulan 20 hari, pesanan Aidid undang sebak. ‘Tanggungjawab termulia dipikul ke akhir hayat’

“Perkara itu adalah nikmat yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kongsi Norzie.

Sementara itu, Aidid juga berkongsi kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila tiga anak lelakinya pelajar tahfiz.

Kehadiran cahaya mata lelakinya, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim sebagai penghafal al-Quran membuka peluang untuk beliau memperbaiki diri.

“Kalau dahulu apabila solat berjemaah bersama keluarga, sayalah yang paling berani sebagai imam. Mereka sebagai jemaah aminkan sahaja bacaan saya.

“Sekarang ini jika saya tidak betul-betul memberi tumpuan atau terlupa rakaat sebab tahu mereka mengaji lebih hebat.

“Selepas memberi salam, mereka akan menegur bacaan Daddy tadi tak betul. Yang ini makhrajnya….

“Sembahyang jemaah dengan mereka, saya stres. Stres yang baiklah sebab mereka nak kita bersedia,” katanya.

Imbas kembali, pasangan itu memulakan perjalanan menjadikan anak-anak mereka huffaz pada tahun 2022.

Keputusannya memberhentikan anak-anak daripada sekolah biasa untuk dihantar ke tahfiz bagi memastikan semua zuriatnya mendalami al-Quran dan ilmu akhirat mengundang sebak ramai.

Mendedahkan ia bukan keputusan yang mudah, bekas pengacara dan penerbit TV3 itu mengaku berpuluh kali berfikir sama kongsikan atau tidak kerana nawaitunya bukan riak dan sombong sebaliknya bangga dengan mereka dan gembira dengan ‘panggilan’ itu.

Aidid memaklumkan Norzie telah sehabis baik termasuk membuat kajian dan mencari maklumat yang terbaik buat anak-anak mereka biarpun terpaksa redah trafik hantar sejauh 25 kilometer untuk menghantar dan menjemput dari sekolah.

“”Saya hanya seorang ayah yang masih jahil, tetapi terlalu gembira nak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak yang tidak pernah kami fikir mampu kami lakukan.

“Semoga dengan perkongsian ni, ada juga kawan-kawan yang 50-50 atau sangsi tentang masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk daftarkan anak menghafaz al-Quran, insya-ALLAH.” ujar Aidid dalam catatannya pada Oktober 2022.

Perjalanan mereka memberikan pendidikan al-Quran membuahkan kejayaan pertama apabila Muhammad Iman berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk

sementara Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim juga sedang berada di tahfiz berkenaan dan dalam proses menyempurnakannya.

“Masha-ALLAH tumpang seronok dengan cerita Norzie. Saya jadikan inspirasi.”

“Ya ALLAH seronoknya dengar. Semoga anakku juga menjadi pencinta al-Quran.”

“I feel you Abang Aidid. Saya pun begiu, sebelum hantar anak ke madrasah saya imamkan solat jemaah. Sekarang bila anak balik dari asrama, jadi kurang confident. Kita sendiri kena usaha mantapkan bacaan.”

Sumber:hm