Noor Neelofa syukur Bilal minat al-Quran, hafal surah lazim Dan beberapa ayat Yasin

Noor Neelofa syukur anak sulungnya, Muhammad Bilal menunjukkan minat dalam mendalami al-Quran.

Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata, minat anaknya terhadap al-Quran bukanlah satu paksaan, sebaliknya kehendak Bilal sendiri.

“Alhamdulillah, mungkin itu rezeki dan anugerah Allah. Bilal memang minat dengan bacaan al-Quran tanpa ada paksaan, disuruh atau ditekan-tekan.

“Sejak dari kecil, sesiapa sahaja yang membaca al-Quran seperti abah atau neneknya, dia akan datang dekat. Bila orang solat, dia akan duduk dekat sambil mendengar.

“Mungkin itu adalah satu rezeki yang Allah berikan kepada dia,”kongsi Neelofa.

Isteri kepada pendakwah selebriti, PU Hariz atau Haris Ismail mengaku terkejut selepas Bilal turut menghafal beberapa ayat di dalam surah Yasin. Malah, Bilal juga dikatakan dapat menyambung apa-apa surah daripada juzuk 30.

“Disebabkan dia ada minat itu, apa-apa surah daripada juzuk 30, dia boleh sambung sebab dia ingat.

“Mungkin budak kecil mudah nak ingat sesuatu perkara. Surah kesukaannya adalah Wal Asr

“Yang paling saya dan suami terkejut baru-baru ini apabila Bilal hafal beberapa ayat pertama daripada surah Yassin. Itu dia sendiri yang hafal,” kongsinya lagi.

Neelofa berkata, dia juga masih belum tahu sama ada akan mendedahkan wajah anak keduanya.

“Itu belum tahu lagi. Mungkin nanti kita akan kongsikan,” jawabnya.
Sementara, Neelofa akui Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya kerana dia dapat meluangkan banyak masa di rumah dengan pengisian amal ibadah.

“Ini merupakan Ramadan yang saya paling tak sibuk dan banyak masa dihabiskan di rumah. Ramadan kali ini saya punyai rutin yang ringkas tapi bermakna. Saya penuhkan masa dengan amal ibadah.

“Saya juga dapat fokus untuk selesaikan khatam Al-Quran. Selain itu, saya akan adakan tadabbur dan memahami maksud ayat” katanya lagi.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal bakal berusia 2 tahun pada tahun hadapan dan Abdullah Abbas, lima bulan.

Sumber: hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *