Net1zen Terpaku Tengok Tindakan Lelaki Ini ,Jentik Hati Orang Ramai Untuk Jadi Manusia”Orang Dalam Kedai Gelakkan Dia”
Kadang-kadang, Tuhan mengirimkan seseorang atas sebab hal yang tidak disangka. Ada yang mengajarkan kita tentang sesuatu dan ada juga yang memberi kita tentang makna hidup yang sebenar.
Seperti video yang tular di laman TikT0k, seorang lelaki menceritakan bagaimana dia memperhati seorang pemuda yang dilihat tidak waras dari segi akal fikiran dan luarannya telah mengajarkannya tentang kemanusiaan dan pengorbanan.
“Hari tu masa beli barang aku nampak dia ni beli roti. Sepanjang dalam kedai nampak bro ni cakap sorang-sorang.
Dia Bayar Roti Tu, Bukan Ambil Free
Menurutnya, selepas kejadian itu, satu kejadian lain yang dilihat dengan mata kepala sendiri mengejutkannya. Ini apabila roti yang dibayar pemuda terbabit dikongsi oleh pemuda berkenaan dengan burung-burung yang ada di sekitar tempat dia sedang duduk.
Dia bagai sedang menyelamatkan burung-burung yang kelaparan itu dengan berkongsi rezeki bersama makhluk Tuhan yang lain.
“Tapi apa yang aku nampak lepas tu cukup menjentik hati. Aku yang sihat ni pun kadang kala berkira nak bersedekah.
“Thanks bro tolong ingatkan aku yang selalu terlupa ni. Jangan pandang orang sebelah mata. Mungkin dia lebih baik di sisi Allah,” tambahnya lagi.
“Jangan Pandang Orang Sebelah Mata…”
Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang juga telah terjentik hati selepas melihat perkongsian video ini. Mereka memuji tindakan pemuda terbabit dan mendoakan kesejahteraan dia agar selalu dimurahkan rezeki dengan lebih lagi.
“Aku tak boleh tengok orang macam ni. Kesian. Andai dia tak sihat, moga Allah permudahkan hidup dia,” kata netizen bernama Cik Ain memberi komen tentang video jentik hati orang ramai untuk jadi ‘manusia’.
“Kadang-kadang orang macam ni yang masuk syurga. Pengalaman punya saudara macam ni. Urusan jenazah mudah sangat. Wajahnya berseri-seri ketika dimandikan. Allahuakbar,” kata netizen lain dengan nama Rozita.
Terima Kasih Dah Jentik Hati Kami – Netizen
Lihatlah, perbuatan sekecil ini menghantar kita kepada keinsafan. Ketika kita melihat dia memerlukan pertolongan, sebaliknya dia yang menghulurkan bantuan.
Memberi itu bukan pada manusia sahaja, tetapi kepada semua makhluk yang diciptakan Tuhan. Tuhan memberkati orang-orang baik.
Sumber: Hm