Nelysa Umum Hamil Anak Pertama “Ya , Saya Kini Pemengang Buku Pink”

Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial yang cukup dikenali di Tik T0k, Nelysa Norazlan yang kini disahkan hamil anak pertamanya.

Melalui Tik T0knya, Nelysa akhirnya berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikut setianya di Tik T0k.

“Ya saya kini pemegang buku pink.

“Semoga terjawab segala persoalan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan.

“Alhamdulillah. Yes I’m pregnant. Tak boleh cover dah sebab makin mengah. Makin bulat,” katanya berkongsi.

Menghilang seketika dari terus trending di Tik Tok, rupanya bakal ibu berdepan morning sickness yang agak teruk di awal trimester kehamilannya.

Namun kata Nely, keadaannya kini bertambah baik dan dia terbuka untuk berkongsi dengan semua.

“Few months back memang slow down kan sikit kerja sebab morning sickness yang teruk. Baru faham perasaan jadi kain buruk. Loya, muntah, lesu, semuanya ada.

“Saya baru sahaja recover morning sickness yang agak teruk dan sekarang ni baru ok.

“Sekarang ni pun cepat mengah dan perut pun dah tak boleh disorok lagi. Kalau keluar pun orang dah nampak.

“Jadi inilah masa yang sesuai untuk beritahu semua orang, doakanlah saya dan baby,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kehamilannya dipermudahkan.

Sumber:hm