Nanah Dalam Buah Pinggang Semakin Membesar , Norlida Ahmad Ditahan Semula Di Hspital.

Pelakon era 80-an Norlida Ahmad ditahan semula di wad Hspital Tuanku Jaafar, Seremban sejak 19 September lalu akibat masal4h buah pinggang bernan4h.

Anak perempuannya iaitu Ally Marisha Afrina berkata, nanah di buah pinggang ibunya masih belum hilang sepenuhnya walaupun sudah membuat pembed4han sebelum ini.

“Sebenarnya Ummi (panggilan Norlida) sudah dibenarkan keluar hspital pada 13 September lalu tapi ditahan semula enam hari kemudian.

“Ia susulan keputusan ujian ultra bunyi menunjukkan nanah tersebut masih lagi aktif di dalam buah pinggang malah saiznya juga semakin membesar di antara sembilan hingga 11 sentimeter,” katanya 

Dalam pada itu, Ally memberitahu pembedahan yang dilakukan Norlida atau lebih mesra dengan sapaan Connie pada Ogos lalu gagal apabila berlaku komplikasi.

Ketika ini kata Ally, mereka sedang menanti keputusan lanjut daripada doktor tentang rawatan lebih baik untuk ibunya.

“Pada 29 Ogos lalu doktor sudah cuba buat pembed4han semua tetapi ia tergendala atas sebab komplikasi.

“Ia menghal4ng untuk membuang nanah dalam buah pinggang… Ketika ini saya masih lagi tunggu keputusan d0ktor untuk rawatan selanjutnya,” jelasnya.

Selepas seminggu menerima rawatan, d0ktor memaklumkan Norlida menderita masalah buah pinggang bern4nah.

Sumber:mstar