Nak Tolong Anak Perempuan Cari Duit Extra , Abah Ikat Aiskrim Malaysia Macam Pro . Balik Surau Terus Isi Air Jagung , Sirap Bandung.
Jasa dan pengorbanan seorang lelaki bernama bapa memang tiada galang gantinya.
Ketika anak-anak dalam kesusahan atau kesempitan, bapa pasti menjadi individu paling hadapan menghulurkan bantuan.
Baru-baru ini rakaman seorang bapa gigih mengikat ais krim Malaysia menarik perhatian pengguna TikT0k.
Menurut Intan Syamimi Syukri, 26, bapanya dengan rela hati tanpa diminta menyiapkan ais krim berkenaan ketika dia tertidur akibat keletihan.
Katanya ketika dihubungi mStar, dia terharu melihat bapanya, Syukri Mohd Salleh, 53, begitu ligat menyiapkan lebih 100 batang aiskrim Malaysia untuk dijual.
“Saya dah siapkan bancuhan nak buat aiskrim tengah hari tu. Jadi sementara tunggu air sejuk, saya pergilah baring rehatkan badan. Saya pun baru balik kerja, jadi memang penat sampai tertidur.
“Abah tahu anak dia nak meniaga aiskrim jadi masa dia balik dari surau selepas solat Zohor tu, terus dia tanya adik saya nak buat saiz macam mana.
“Adik beritahu yang saya tertidur jadi tak tahu nak buat saiz apa. Abah cakap tak apalah biar abah tolong buatkan. Dalam masa satu jam saja abah siapkan semua tu dengan adik,” imbasnya yang senang disapa Mimi.
Cerita Mimi yang bekerja di kantin sebuah sekolah di Melaka, dia turut mengusahakan bisnes surprise delivery dibuat sejak lapan tahun lalu.
Namun dek kerana ia mula kurang mendapat sambutan, dia terp4ksa mencari alternatif perniagaan lain untuk menambahkan pendapatan bagi menyara dua orang anaknya.
Menurut ibu tunggal itu, rakaman bapanya mengikat aiskrim Malaysia yang dibuat pada Mei lalu merupakan cubaan pertamanya dia mengusahakan bisnes tersebut.
Mimi bersama dua orang anaknya.
Kata Mimi walaupun terpaksa bekerja keras, namun semangatnya tidak pernah luntur mengenangkan dia dan anak-anak dijaga baik bapanya yang bekerja sebagai pemotong ayam di sebuah pasar borong.
“Bisnes saya agak slow sikit sekarang jadi saya pun cari jalan lain nak tambah pendapatan. Beberapa bulan selepas kerja di kantin tu saya dapat idea nak buat aiskrim untuk dijual. Mujurlah hasrat tu dapat keizinan majikan.
Sejak berpisah dengan suami, abah dan adik-beradik memang banyak bantu saya.
“Saya pun jual ais krim tu sampai sekarang di kantin. Syukur sangat aiskrim perisa jagung dan sirap bandung dapat sambutan murid-murid di sekolah.
“Sejak berpisah dengan suami, abah dan adik-beradik memang banyak bantu saya.
“Kadang-kadang walaupun dia tak mampu nak bantu daripada segi kewangan dia sanggup tolong anak-anak dengan cara lain pula.
Kami pula memang dah dididik supaya tak meminta-minta jadi untuk dapatkan sesuatu memang kena usaha sendiri,” ujarnya lagi.
Jelas Mimi yang berasal dari Melaka ini, dia tidak menyangka video tersebut mendapat perhatian ramai.
Bapa Mimi bekerja sebagai pemotong ayam di sebuah pasar borong di Melaka.
Malah ramai warga maya turut berkongsi pengalaman hidup susah mereka namun banyak dibantu ibu bapa.
Bagi Mimi dia cukup tersentuh tatkala membaca luahan netizen yang mungkin senasib dengannya.
Dalam pada itu, dia mendoakan semua ibu bapa agar diberikan kesihatan yang baik dan mendapat ganjaran syurga kerana tidak henti-henti membantu anak-anak walaupun semuanya sudah meningkat dewasa.
Sumber:mstar