Nak Pergi Jumpa Anak , Pemuda-Pemuda Bantu Pakcik Nyanyuk Eksiden Sorang-Sorang.

Usaha sekumpulan pemuda dalam membantu seorang lelaki wrga emas yang keseorangan di sebuah lebuh raya telah mendapat perhatian warganet baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun TikT0k @syakirbelon4.0, dia dan rakan terjumpa dengan lelaki tersebut yang menggigil kesejukan di kawasan sekitar ibu kota pada jam 5 pagi.

Rupa-rupanya, lelaki tua itu terbabit dalam kemalangan serta mengalami kec3deraan ringan akibat brek motor tidak berfungsi ketika melalui jalan yang licin.

“Siku pakcik ni berdarh sebab kemal4ngan.

“Bayangkan jalan kosong macam ni, jalan licin selepas hujan. Sendirian pula tu dengan kemalangan lagi.” katanya.

Dipercayai lelaki berusia yang juga penghidap peny4kit nyanyuk itu mahu berjumpa dengan anaknya menetap di kawasan berdekatan Jalan Istana, Kuala Lumpur.

“Bila kami cuba tanya, pakcik ni rupanya dalam keadaan nyanyuk. Pukul 5 pagi dia kata petang, padahal langit gelap sangat-sangat.

“Kata nak jumpa anak dia dekat kawasan jalan menuju ke Istana Negara,” tambahnya.

Tanpa membuang masa, Syakir dan rakannya menghantar lelaki tua itu ke balai p0lis berdekatan dengan menaiki kereta manakala sal4h seorang daripada mereka menunggang motor yang rosak.

Video menyentuh hati berdurasi 1 minit 12 saat itu telah meraih lebih 600,000 tontonan dan ribuan komen daripada warga maya menghargai tindakan pemuda yang telah menolong lelaki tersebut.

Sed1hnya tengok

Terima kasih tolong…

Mengalir air mata

Difahamkan, warga emas itu telah selamat diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sumber: TikT0k @syakirbelon4.0