Nak Hantar Adik Daftar UIA Gambang , Tapi Tertinggal Di R&R . Diam-Diam Turun Ke Tandas , Ayah Pandu Kereta Tanpa Penumpang.
Gara-Gara terlalu pendiam, bakal pelajar Asasi Seni Bina Arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Gambang di Pahang ditinggalkan sendirian di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal, Terengganu.
Mana tidaknya, tiada seorang pun ahli keluarga yang menyedari dia keluar dari kereta untuk ke tandas ketika mereka berhenti seketika.
Malah ketiadaannya hanya diketahui selepas dia menghubungi ibu apabila melihat kenderaan yang dinaiki tiada di tempat parkir.
Insid3n yang mencuit hati itu mendapat perhatian warga maya selepas rakaman kejadian tersebut dikongsikan di TikT0k.
Menerusi video tular itu, kelihatan dua buah kereta berhenti di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 bagi menantikan ‘kedatangan’ remaja berusia 18 tahun.
Bercerita mengenai kejadian yang berlaku pada 31 Julai itu, abangnya Mohammad Khairul Azmi Ghazali berkata,
mereka bergerak dari Kampung Jerong Seberang, di Marang, Terengganu sebelum singgah di hentian berkenaan kerana ingin membuang air kecil.
“Sekitar 20 minit saja berhenti di situ. Semasa semua orang turun, dia masih di dalam kereta.
“Jadi, kami masing-masing ingatkan dia tak mahu turun,” ujarnya .
Menurut Khairul, adik bongsu mereka daripada empat beradik bernama Ahmad Syakir Luqman itu merupakan seorang yang kurang bercakap dan lebih gemar bermain telefon.
Disebabkan itulah tiada siapa yang menyedari dia tiada di dalam kereta.
“Lagipun pada ketika itu, dia dengan mak menaiki sebuah kereta yang dipandu abah manakala saya bersama isteri dan nenek dalam sebuah lagi kereta.
“Adik pula duduk di bahagian belakang, jadi memang orang tak perasan dia tiada dalam kereta,” kongsi anak muda berusia 28 tahun itu lagi.
Paling kelakar adalah ‘kehilangan’ dia hanya disedari selepas satu kilometer dari R&R Kijal.
Itupun selepas dia menghubungi ibu dan memaklumkan tertinggal di hentian berkenaan.
“Mak cakap dia rasa p3lik sebab adik duduk di belakang tetapi buat panggilan telefon. Apabila mak toleh ke belakang, barulah dia perasan yang adik tak ada.
“Masa tu memang mak p3nik sangat… wajah bimbang mak kelihatan masa dia keluar dari kereta dan maklumkan adik tertinggal.
“Tapi selepas kami semua gelak, barulah mak pun turut gelak,” katanya.
Khairul yang bekerja sebagai mekanik berkata, disebabkan tidak dapat membuat pusingan, dia meminta adiknya mendapatkan pertolongan orang untuk menumpang kenderaan yang mahu meneruskan perjalanan.
“Semasa bercakap dengan adik, dia beritahu ada sebuah kereta Myvi di hentian tu… jadi saya suruh dia pergi minta tolong.
“Tapi adik jenis pemalu dan saya minta dia beri telefon untuk bercakap dengan pemandu tu sendiri. Alhamdulillah, dia sudi hantarkan adik,” luahnya.
Selepas berkumpul bersama-sama, adiknya yang mesra disapa Kahar bertanya mengapa tiada siapa yang menyedari kehilangannya.
Video perkongsian itu menjadi tular sehingga mendapat tontonan 2.2 juta pelayar.
Rata-rata warga maya meninggalkan komen mencuit hati.
“Dah famous kau, satu UIA Gambang tu dik. Belum masuk dah terkenal… eh kau tertinggal kat R&R tu.
“Kenapa tinggalkan watak utama dalam cerita ni. Tukar umi dia daftar UIA,” ujar beberapa warga maya.
Pemilik kereta Myvi yang menumpangkannya turut meninggalkan komen di video tersebut.
“Owner hadir. Mujurlah adik tu beranikan diri nak minta tumpang saya,” katanya ringkas.
Sumber:mstar