Nabila Terharu Jebat Beri Bunga Sempena H4ri Ibu”Baby Sayang Mummy Sangat”

Bersempena dengan hari ibu yang disambut semalam, ramai yang memberikan ucapan penghargaan kepada ibu tersayang sebagai tanda kasih sayang kepada ratu hati semua anak-anak.

Anak kepada selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Ahmad turut t1dak ketinggalan menghadiahkan sejambak bunga beserta kad ucapan buat ibunya, Noor Nabila bagi melu4hkan rasa sayang yang t1dak terhingga kepada wanita itu.

Terima bunga dan kad ucapan

Menerusi perkongsian Nabila di Insta Story, dia mengucapkan terima kasih kepada Jebat kerana mengirimkan kad ucapan dan juga jambangan bunga sempena hari ibu.

“Selamat Hari Ibu.

“Mummy, terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik untuk baby. Baby sayang mummy so much,” tulis kad ucapan dari Jebat.

Terdahulu, bekas suami kepada Nabila, Sharnaaz Ahmad telah berkongsi ucapan selamat hari ibu buatnya di Instagram dengan mengh4rgai jasa wanita berkenaan kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.

Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, kehadiran ibu dan b3kas isterinya memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan. Jadi dia sangat berterima kasih di atas jasa-jasa mereka.

Untuk rek0d, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun sah bercer4i pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan se0rang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Sumber: Ig Noor Nabila