Myat yang dijumpai tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah. Hasil DNA sepadan ibu

Misteri kehil4ngan seorang guru wanita di Johor Bahru sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan myat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, pengesahan itu dibuat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan, mendapati ia sepadan dengan mngsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Hasil risikan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jnayah Polis Alor Gajah berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.

“Pasangan yang ditahan di Chemor, Perak telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap susp3k lelaki yang ditahan,

“Siasatan terhadap kedua-dua suspek membawa penemuan sebahagian anggota badan termasuk tulang jari dan bahagian kepala tidak jauh dari lokasi

penemuan anggota badan dalam jarak kira-kira lima hingga enam kilometer (KM) dari tempat pertama myat mngsa ditemukan,” katanya.

Ashari berkata, guru wanita yang mempunyai tiga anak itu, dipercayai mengenali suspek lelaki dan terbabit dalam urusan pelaburan, manakala isterinya tidak mengenali mngsa.

“Kedua-dua individu yang ditahan telah dibenarkan reman selama tujuh hari bermula 6 Ogos lalu dan pihak polis akan mohon sambung reman hari ini terhadap susp3k lelaki yang ditahan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksy3n 302 Kanun Keseksaan kerana membunvh dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222.

Pada 31 Disember tahun lalu, myat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang kira-kira jam 2 petang.

Suami mngsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35 juga sebelum ini berikhtiar pelbagai cara mencari isterinya yang juga ibu kepada tiga cahayamata termasuk hebahan di media sosi4l namun menemui jalan buntu.

Anggota Tubuh Dipotong & Disumbat Dalam Tong Sampah
Ketika itu, siasatan awal mendapati mngsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala,

tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bed4h siasat bagi mengetahui punca kemati4nnya.

Ketika itu, hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah m4yat.

Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita.

Myat mngsa ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki mninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

Ketika itu, polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua k3s orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya neg4tif.

Hampir lapan bulan keluarga menantikan kepulangan cikgu Istiqomah, khabar duka pemergiannya turut dikongsi oleh sahabatnya di beberapa akaun laman sosial.

Menerusi beberapa perkongsian oleh sahabat Allahyarhamah, mereka menzahirkan rasa hiba dan menyampaikan takziah kepada keluarganya.

Menerusi perkongsian seorang guru, beliau mengharapkan nasib menimpa Allahyarhamah menerima pembelaan sewajarnya.

“Tiada kata mampu diungkap, kau pergi dalam keadaan syahid… Insya-Allah syurga buatmu. Menurut perkongsian kenalan lain, Allahyarhamah Istiqomah cukup dikenali sebagai insan yang sangat disenangi dengan peribadi baiknya.

Sumber:HM