Murid perempuan tahan s4kit 20 minit kaki tersangkut dalam longkang

SEORANG murid terpaksa menanggung kes4kitan selama 20 minit lepas kaki kirinya tersangkut di dalam longkang di sebuah sekolah dekat Saujana Utama, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi 30 minit kemudian dan mendapati mangsa merupakan seorang murid perempuan berusia 16 tahun.

“Kaki mangsa tersangkut pada bahagian konkrit longkang sedalam satu meter yang berada di tepi padang sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bomba bertindak mengalihkan penghadang besi dan kaki mangsa yang tersangkut pada longkang berjaya dikeluarkan dalam masa lima minit.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian terbabit.

Sumbar; UtusanTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *