“Mulut dia penuh d4rah” – Sempat berjodoh 5 bulan saja, isteri temui ajal di pangkuan suami… Kisah cinta lelaki ini robek hati netizen
SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mahu menghabiskan masa bersama-sama sehingga ke akhir h4yat.
Namun, tiada siapa mampu menduga takdir yang sudah pun ditetapkan Yang Maha Esa.
Begitu juga buat lelaki ini yang hanya sempat mengecap nikmat bahagia bersama isteri tersayang selama lima bulan sebelum insan tersebut dijemput ajal akibat kemal4ngan jalan raya.
Mengimbas kembali detik yang tidak akan dilupakan seumur hidupnya itu, Muhammad Khairul Asyraf Abdullah berkata, ketika hari kej4dian, dia dan arw4h isteri, Nor Azilah Mohd Ayub sedang dalam perjalanan pulang daripada bertemu dengan rakan.
Gambar kenangan ketika majlis pernikahan pada Disember 2018.
“Ketika itu Mei 2019, tanggal 2 Ramadan. Selepas berbuka puasa bersama, kami pergi jumpa kawan dekat Uptown Salak Tinggi. Dalam perjalanan pulang, motor kami kemalangan dengan sebuah kereta.
“Saya sempat bercakap dengan arwah isteri biarpun dia tak beri respons kerana mulutnya penuh dengan darah. Dia masih bernafas sejurus selepas kemalangan dan saya memangkunya.
“Selepas ambulans sampai, mereka angkat saya dulu. Saya ingat isteri saya masih ada lagi, tapi mereka beritahu dia dah tak ada. Waktu tu saya memang tak boleh terima.
Rasa nak bangun terpa tapi tak boleh jalan sebab kaki kiri patah,” ujarnya mengimbas kembali tragedi yang berlaku pada 7 Mei 2019 itu.
Senang disapa sebagai Asyraf, lelaki ini berkata arwah isterinya meninggal dunia pada usia 20 tahun akibat kecederaan parah pada kepala.
Selepas pemergian arwah isterinya, Asyraf berkata tidak mudah untuk dia kembali bangkit memandangkan wanita tersebut pergi secara mengejut tambahan pula mereka masih dalam fasa pengantin baru.
“Sepatutnya, Ramadan dan Syawal pada tahun itu adalah yang pertama selepas kami bergelar suami isteri. Kami juga dah rancang nak balik kampung untuk raya.
“Namun semuanya tidak kesampaian. Saya reda dengan pemergiannya biarpun terlalu sedih,” ujar lelaki berusia 27 tahun ini sambil menambah, arwah dikebumikan di Putrajaya.
Asyraf dan arwah isterinya mendirikan rumah tangga pada usia yang muda.
Tambahnya, dia mengambil masa kira-kira enam bulan untuk bangkit dan memulihkan kembali semangatnya yang hilang.
“Biarpun sempat hidup bersama selama lima bulan saja, terlalu banyak kenangan manis dengan arwah. Selepas kahwin, kami seperti pasangan muda lain yang agak struggle membina hidup baru.
“Pernah dalam dompet saya ada kurang RM10 dan simpanan pun tiada. Beras pun habis. Saya beli nasi kosong dan kami buat nasi goreng untuk makan bersama. Namun mukanya tetap ukir senyuman tanpa rungutan.
“Dia ada ketika saya susah, sehinggalah kehidupan kami senang sedikit. Itu yang saya sangat tak boleh lupa tentangnya,” ujar Asyraf yang kini bekerja sebagai pengawal keselamatan peribadi.
Untuk rekod Khairul dan arwah isterinya mula berkenalan sejak 2017 sebelum mengambil keputusan untuk berumah tangga pada 2 Disember 2018.
Kini selepas lebih empat tahun pemergian isterinya, Asyraf akui bukan mudah untuknya mencari seseorang untuk mengisi kekosongan hatinya, lebih-lebih lagi mencari pengganti yang sama seperti arwah.
Namun kehadiran seorang wanita akhirnya berjaya mengetuk pintu hati Asyraf yang sekian lama tertutup.
Asyraf tidak dapat melupakan kenangan di mana arwah isteri sentiasa berada ketika waktu susah dan senang.
“Sekarang ni kami masih mengenali hati budi. Nak kata sama seratus peratus dengan arw4h isteri tu tidak, tapi banyak persamaan mereka iaitu lemah lembut dan baik hati.
“Saya tak cerita kisah arwah pun kepadanya, tapi dia tahu sendiri melalui media s0sial saya kerana saya banyak berkongsi pasal arwah. Dan dia sama sekali tak kisah dengan status saya, katanya, asalkan saya boleh menjaga dia.
“Saya memang banyak kongsi pasal arwah di media sosial untuk lepaskan rindu. Tak sangka video yang saya mu4t naik dekat TikT0k baru-baru ini raih 2.2 juta jumlah tontonan.
“Selain nak lepaskan rindu, saya nak sampaikan mesej juga. Kalau ada pasangan yang terima dan ada ketika susah senang kita, janganlah lepaskan dia. Hargailah dia selagi ada peluang dan masa,” akhirinya.
Sumbar; Mstar