Motosikal Rider Disita JPJ , Tak Sampai 24 Jam Aisar Khaledd Hadiahkan Motor Untuk Rider Tersebut.

Sejak pagi tadi, tular di media sosi4l berkenaan satu video seorang rider penghantar makanan yang berjalan kaki selepas motosikal yang ditunggangi untuk mencari rezeki dis1ta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Aisar belikan yang baru

Susulan daripada itu, influencer terkenal, Aisar Khaledd telah terpanggil untuk belikan motosikal baru buat lelaki berkenaan dan membawanya ke syarikat kenderaan.

Menerusi perkongsian Aisar di Fb, dia telah memuat naik gambar bersama rider tersebut dan staf-staf yang betugas di hadapan syarikat kenderaan terb4bit.

Dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain

Ujarnya, dalam setiap rezeki kita pastinya ada rezeki orang lain dan perkara tersebut sedang berlaku hari ini.

Perancangan Allah yang terbaik

Dia juga menyatakan bahawa dalam setiap perancangan kita, takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetap yang terbaik.

Dapat dilihat yang Aisar telah membayar secara tunai motosikal baharu yang akan dihadiahkan kepada rider itu.

Terima kasih Aisar

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan terima kasih kepada influencer berkenaan kerana bermurah hati membantu orang lain yang memerlukan.

Mereka juga melu4hkan rasa syukur atas hikmah di sebalik ujian yang men1mpa termasuklah mendoakan Aisar serta rider berkenaan agar terus dimurahkan rezeki.

Semoga terus dilindungi Allah

Semoga dilimpahi rezeki selalu

Terdahulu, video seorang rider berjalan kaki dengan membawa beg penghantar makanan telah menjadi bualan ramai di media sosial.

Difahamkan, motosikal rider itu telah disita kerana dia tidak mempunyai lesen memandu dan beberapa lagi kesalahan yang agak besar sehingga boleh memudaratkan pengguna jalan raya yang lain.

Namun, ramai yang berasa sebak serta beranggapan mungkin dia merupakan golongan tidak berkemampuan serta itu sahaja mata pencariannya untuk mendapat rezeki buat keluarga.

Sumber: Fb Aisar Khaled, TikT0k kikyycoco,OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *