Motor Terbabas , Perlumba Drag Terk0rban Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa .
Seorang pelumba drag dilaporkan m4ut akibat kemalangan ketika menyertai Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang.
Menurut laporan Harian Metro, mngsa Muhammad Hattem Rashdi terbabit dalam kejadian itu pada hari pertama perlumbaan Ahad lalu selepas motor ditungganginya terb4bas.
Hattem yang mewakili ESR Motor sejak dua tahun lalu kemudian dibawa ke Hspital Pekan untuk menerima rawatan sebelum dipindahkan ke Hspital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Keadaan mangsa berumur 22 tahun itu menjadi makin par4h lalu menyebabkan dia menghembuskan nafas terakhir selepas lebih 12 jam bert4rung nyawa.
Pemilik ESR Motor, Adib Affandi Mohamad memaklumkan Hattem disahkan mningg4l dunia pada 2.30 petang semalam dan jnazahnya dikebumikan di Alor Janggus, Kedah.
“Difahamkan, jentera yang ditunggangi Allahy4rham berhadapan masalah teknikal sebelum terbabas,” katanya.
Terdahulu, perlumbaan drag telah meragut beberapa ny4wa antaranya kem4tian peserta ketika menjayakan perlumbaan Battle of The Kings (BOTK) di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak pada Oktober tahun lalu.
Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar), OMM